Awal tahun 2002 akhirnya admie dan ara memutuskan untuk menjalinkan hubungan dengan lebih serius. Mereka berdua kini dilamun cinta yang indah. Hubungan cinta mereka ini hanya diketahui oleh keluarga masing-masing. Belum sampai masanya untuk mereka memberitahu orang luar tentang hubungan ini. Admie menghormati keputusan ara, kerana tidak mahu ara diganggu dengan cerita-cerita negatif diluar.
Hari demi hari, kisah cinta admie dan ara semakin indah. Hampir tiap-tiap hari mereka akan berjumpa bukannya dating, tapi atas urusan business. Admie banyak membantu ara dalam menguruskan beberapa perkara. Ara mempercayai admie, kerana sikapnya yang sangat komited dalam menjalankan tugas. Seminggu tidak bertentang mata, seperti tidak lengkap hidup ara dan admie. Perhubungan cinta mereka terus berlalu dari semasa ke semasa.
Pada suatu hari, admie memberitahu ara bahawa beliau ingin membawa ara berjalan-jalan di luar negara. Ara berbincang dengan keluarganya. Akhirnya ara dan keluarga setuju. Ara ditemani oleh adik, abg dan kakak iparnya mengikut admie melancong bersama di New Zealand. Perjalanan mereka ke New Zealand dirahsiakan tanpa pengetahuan pihak media. Hal ini kerana, mereka tidak mahu percutian ini diganggu oleh pihak luar. Dengan menaiki pesawat Ad 1 (iaitu pesawat kepunyaan admie sendiri) mereka tiba di new zealand dengan selamat.
Admie, membawa mereka menuju ke sebuah villa yang sungguh indah.
SEminggu mereka disana tanpa gangguan terasa seperti sedang berbulan madu. Admie membawa ara mendaki gunung yang dikeliling dengan bunga dan pokok2 yang cantik dan subur. Admie dan ara duduk bersantai bersama-sama seperti sedang berkelah menghirup udara yang segar di atas gunung. Ara sangat bahagia di sisi admie, mereka membuat perancangan untuk mendirikan rumah di sini nanti. Dan admie berjanji akan menunaikan setiap impian ara. Kemudian, admie mengeluarkan seutas rantai lalu menyarungkan ke leher ara. Sambil berbisik perlahan ke telinga ara ' I LOVE U '. Ara tersenyum lalu menitiskan air mata kegembiraan. ucapan itu dibalas dengan ' I LOVE U 2 '. Ara tidak pernah merasa sebegini indahnya cinta bersama admie. Sebelum pulang, ara menamakan tempat indah tadi sebagai 'Taman Cinta'. Admie, tersenyum dan berkata 'emm taman cinta admie dan ara'. Mereka mengenggam tangan erat dan pulang dan pulang semula ke villa.
BERSAMBUNG Destinasi 5,
DESTINASI CIENTA HASIL DARI IMIGINASI KU SENDIRI
Blog ini aku buat semata-mata nak tulis cerita saja. Cerita ini aku yang reka sendiri takde ciplak2 ni. Cerita cinta memang sangat indah tetapi ada yang menyakitkan. Destinasi cienta ini, memang dah lama aku create cuma tak kesampaian nak terbitkan. Jadi sekarang, aku terbitkan di dalam blog sebagai permulaan.
Tuesday, July 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
~tentang pengarang~

- biarLahRahsia
- aku ni tak la jahat sgt,cuma nakal je, biasala 2. aku ni berisi tapi bukan gemuk..alaa comel la.. aku ni org nmpk mcm garang/ganas tp hati aku lembut. Org yg x kenal aku je akan ckp cm2. aku ni suke gelak2, tak suke marah2 org la..syok kalo dpt kwn gan aku
IDEA DAN KARYA ASAL
HAKCIPTA TERPELIHARA.2010.
DON'T COPYCAT
NANTI I SAMAN U!
No comments:
Post a Comment