Admie terus memandu, sehingga dia berada di Cameron Highland. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Admie berhenti di tepi jalan, beliau menyandarkan badannya, rasa letih, sedih, derita semua ada. Admie mencari2 handphonenya, tanpa sedari 10 miscol dan 4 mesej dari ara. Admie tidak mampu utk berfikir lalu di matikan handphonenya. Admie merehatkan diri di dalam kereta. Kemudian melelapkan mata.
Selepas majlis malam tadi, ara langsung tidak melelapkan matanya, puas dia menelifon admie, tapi satu panggilan tidak dijawabnya. Selepas itu, ara telefon semula dan tiada dalam perkhidmatan. Ara mula risau, dia tertanya dimana admie sekarang.
Admie terjaga dari tidurnya, jam menunjukkan pukul 6.30 pagi, matanya terasa bengkak. Kemudian admie mencari masjid untuk menunaikan solat subuhnya. Selesai solat subuh, admie termenung. Fikiran bebetul kosong, tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Akhirnya admie, keluar dan mencari bilik untuk menginap. Selepas check in, admie terus merebahkan badannya yang lemah itu semula.
RUMAH ADMIE
Semua ahli keluarga Datuk Zakaria terkejut dengan apa yang didengarnya. Ara bakal isteri Kamal. Datin Zarina sedih lalu menitiskan air mata, tidak di sangka betul, keadaan anaknya blh jadi begini, naluri hati ibu dapat merasai keperitan yang dirasai oleh anaknya itu. Along turut menitiskan air mata begitu juga adik bongsu admie Puteri Sofia. Sofia sangat manja dengan abangnya itu. Hal ini juga diketahui angah(Putera Zamri Zain), Alang(Putera Daniel Shah), Acik(Puteri Safura), dan Ucu(Puteri Farlina) dan Putera Rizali Shah. Walaupun angah dan acik berada di luar negara, cepat saja berita tentang adiknya itu tersebar. Tetapi mereka adik beradik merahsiakan hal ini, kerana tidak mahu diganggu oleh masyarakat yang suka menjaga tepi kain orang. Datuk zakaria dan Datin zarina cuba menelifon admie, tpi masih tiada dalam perkhidmatan. Mereka mula risau keadaan anaknya itu.
Dari hingga ke petang puas mereka menelifon admie, begitu juga dengan ara tetapi masih tidak dapat. Kemudian, kedengaran enjin kereta masuk ke pekarangan rumah. Sofia lari ke luar hndk melihat siapa yang datang, lalu.. Abg Usu!!!! sofia menjerit. Dia berlari menuju ke kereta dan kemudian terus memeluk abgnya itu. Admie membalas pelukan adiknya. Datuk dan datin melihat keadaan anaknya itu sangat lemah. Admie masuk dan terus memeluk mamanya. Air mata mereka menitis sekali lagi. Datin terus menyediakan makanan untuk anaknya itu, sementara itu admie naik ke atas dan membersihkan dirinya itu. Satu jam kemudian admie turut ke bwh, mama menyuruh admie makan. Mereka sekeluarga makan malam bersama-sama. Keadaan makan malam kali ini terasa sunyi. Masing-masing tidak banyak bercakap. Selesai makan malam, admie meminta keluarganya untuk berkumpul.
admie - Semua ada kat sini kecuali angah dan acik. Papa mama mesti semua dah tahu tentang apa yang berlaku tentang ara. Secara jujurnya mmg admie sgt terkejut bile dapat tahu ara lah bakal isteri U.kamal. Keluarga ara pun tak tahu yang admie ank buah kepada U.kamal. Admie cintakan ara, sgt cintakan dia. Tp cinta admie dan ara tidak berpanjangan. Ara sudah pun pilih teman hidupnya papa mama. Kalau admie nak paksa pun tak guna jugak. Admie hormati keputusan ara. Kalau diikutkan nak saja admie membantah dan terus terang dengan U.kamal, tapi admie tak mampu. Admie nk lihat U.kamal bahagia. Dan untuk kebahagian U.kamal dan ara lah admie terpaksa korbankan cinta admie pada ara. Papa, mama , along dan adik2 admie harap kita semua tidak bermusuh dengan keluarga ara. Anggapla ini semua takdir, bagi admie keluarga ara tidak bersalah dan mungkin mereka juga rasa apa yg kita rasa sekarang ini. Admie akan terus mencintai ara. Dan biarlah cinta admie dan ara dirahsiakan. Admie harap semua faham.
Papa - admie, papa harap admie dapat kuatkan semangat dalam menempuh kehidupan selepas ini. ok? u ar strong man, i know my son...
mie - tenkiu papa(mereka berpelukan)
sambungan
DESTINASI CIENTA HASIL DARI IMIGINASI KU SENDIRI
Blog ini aku buat semata-mata nak tulis cerita saja. Cerita ini aku yang reka sendiri takde ciplak2 ni. Cerita cinta memang sangat indah tetapi ada yang menyakitkan. Destinasi cienta ini, memang dah lama aku create cuma tak kesampaian nak terbitkan. Jadi sekarang, aku terbitkan di dalam blog sebagai permulaan.
Monday, August 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
~tentang pengarang~

- biarLahRahsia
- aku ni tak la jahat sgt,cuma nakal je, biasala 2. aku ni berisi tapi bukan gemuk..alaa comel la.. aku ni org nmpk mcm garang/ganas tp hati aku lembut. Org yg x kenal aku je akan ckp cm2. aku ni suke gelak2, tak suke marah2 org la..syok kalo dpt kwn gan aku
IDEA DAN KARYA ASAL
HAKCIPTA TERPELIHARA.2010.
DON'T COPYCAT
NANTI I SAMAN U!
No comments:
Post a Comment