Hari ini 4 februari 2005 majlis pernikahan Nur Maisarah dan Datuk Kamal berlangsung. Orang ramai berada di perkarangan masjid sejak pagi lagi. Pihak media turut hadir ke majlis tersebut. Pihak polis dan Rela di minta menjalankan tugas bagi mengawasi kawasan dan jalan raya. Majlis pernikahan dijalankan selepas solat zohor. Keluarga belah lelaki hadir terlebih dahulu, diikuti dengan belah perempuan. Datuk kamal kemas dan segak berpakaian baju melayu putih. Ara kelihatan sangat ayu bertudung dan lawa mengenakan pakaian dari pereka fashion terkenal. Wartawan mula berebut, untuk mengambil gambar ara. Ke semua saudara mara belah laki dan perempuan berada di situ kecuali admie. Datin Zarina berjumpa dengan Datin kamal pagi sebelum akad nikah, memberitahu bahawa admie tidak dapat hadir kerana terpaksa terbang ke London bagi menghadiri satu meeting. Ketika diberitahu, Uncle kamal sedikit kecewa kerana admie tidak memaklumkan kepadanya.
Sedang semua hadirin duduk menunggu akad nikah berlangsung, ara tercari-cari bayangan admie. Orang ramai yang berada di situ, menyukarkan ara untuk mencari bayangan admie. Ketika dalam perjalanan ke masjid, hanya admie sahaja di fikirannya. Ara sedih, pada ketika itu ara hanya mengharapkan admie akan hadir dan menghalang majlis ini. Tetapi bayangan admie masih tidak muncul. Sehinggalah akad nikah bermula. Alhamdullialh, ara kini sah menjadi isteri kepada Datuk kamal. Selepas sahaja ungkapan 'sah', air muka ara berubah, air matanya mengalir membasahi wajah yang ayu itu. Datuk kamal menyarungkan cincin dan rantai, kemudian mengucup dahi ara. Sofia yang berada di situ turut mengalirkan air mata. Selesai sudah majlis akad nikah. Kemudian, ara dan keluarga dibawa ke Kemensah Height. Majlis persandingan akan diadakan di rumah ara pada lusa berikutnya. Sampai sahaja di rumah Datuk Kamal, mereka disambut dengan meriah. Ada majlis makan-makan di rumah Datuk Kamal.
Ketika semua sibuk mengambil juadah. Ara pergi berjumpa dengan sofia. Sofia memberitahu ara, bahawa abangnya tidak berada di Malaysia, admie telah terbang ke London malam tadi. Ara sangat terkejut, dia sendiri tidak menyangka bahawa admie akan pergi sejauh ini dari dirinya. Terus... sekali lagi air matanya mengalir. Barulah dia sedar, mesej yang admie beri padanya malam tadi adalah mesej terakhirnya sebelum admie pergi meninggalkan Malaysia. Datin Zarina yang perasaan situasi ini, terus datang dekat pada ara dan ara terus memeluk datin Zarina. Ara memohon maaf pada Datin Zarina di atas apa yang berlaku pada admie. Datin Zarina tidak menyalahkan dalam hal ini. Sudah takdir anaknya begitu. Datin Zarina terima seadanya, walaupun sebenarnya perasaan sedih melihat anaknya itu ada.
Selesai menjamu selera, ara merehatkan diri di bilik yang dihiasi dengan bunga-bunga yang sangat harum baunya. Terasa dirinya lemah dan tdk bermaya. Wartawan dan peminat yang hadir tidak larat untuk dilayan. Sewaktu makan tadi pun, hanya empat suapan yang mampu ara telan. Dari pagi tadi sehingga hari ini, ara asyik terfikir pada admie. Ara teringat jika dirinya lemah dalam apa situasi pun, admie pasti hadir padanya untuk memberi semangat. Kini, admie tidak akan hadir padanya. Walaupun kini digelar isteri, hati tetap ada pada admie. Ara sendiri tidak tahu kenapa ketika berada di masjid sebentar td hatinya meminta agar perkahwinan ini dihalang oleh admie. Tapi admie tidak hadir. Biasanya selepas berkahwin, orang akan bahagia tetapi tidak ara.
Majlis perkahwinan ara dan kamal berjalan selama seminggu. Ara dan kamal berasa letih melayan orang ramai yang berpusu-pusu hadir ke majlis mereka. Akhirnya, majlis perkahwinan mereka berjalan dengan lancar. Kini ara tinggal bersama suaminya di kediaman mewah yang terletak di Kemensah Height. Kediaman mewah mereka itu, tidak jauh dari kediaman mewah admie yang masih dalam pembinaan.
Kota London....
sambungan......
DESTINASI CIENTA HASIL DARI IMIGINASI KU SENDIRI
Blog ini aku buat semata-mata nak tulis cerita saja. Cerita ini aku yang reka sendiri takde ciplak2 ni. Cerita cinta memang sangat indah tetapi ada yang menyakitkan. Destinasi cienta ini, memang dah lama aku create cuma tak kesampaian nak terbitkan. Jadi sekarang, aku terbitkan di dalam blog sebagai permulaan.
Thursday, August 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
~tentang pengarang~

- biarLahRahsia
- aku ni tak la jahat sgt,cuma nakal je, biasala 2. aku ni berisi tapi bukan gemuk..alaa comel la.. aku ni org nmpk mcm garang/ganas tp hati aku lembut. Org yg x kenal aku je akan ckp cm2. aku ni suke gelak2, tak suke marah2 org la..syok kalo dpt kwn gan aku
IDEA DAN KARYA ASAL
HAKCIPTA TERPELIHARA.2010.
DON'T COPYCAT
NANTI I SAMAN U!
No comments:
Post a Comment