Admie sudah pun berjumpa dengan Mark bos izzah. Mark meluluskan cuti izzah tanpa gaji selama beberapa bulan. Jawatan izzah akan diganti oleh orang lain buat sementara waktu. Admie dan izzah akhirnya pulang ke Malaysia bersama-sama.
Hampir setahun lebih izzah tidak pulang ke kampung halamannya. Tahun lepas dia terpaksa beraya di kota London bersama rakan yang lain termasuk admie kerna atas urusan kerja yang tidak dapat dielakkan. Tahun ini, dapat juga dia beraya bersama keluarga tercinta di kampung. Kepulangan izzah ke Malaysia tidak diketahui oleh sesiapa termasuklah ahli keluarganya. Jejak sahaja kakinya ke negara yang indah itu, admie terus membawa izzah ke apartmentnya. Sementara izzah menyewa rumah lain, admie memberikan apartment mewahnya yang terletak di perdana hill pada izzah. Admie menghantar izzah ke apartment tersebut. Disuruhnya izzah merehatkan diri, kerna keesokan harinya izzah akan berangkat ke kampung halamannya.
Selepas menghantar izzah, admie memandu laju terus menuju ke rumah. Lalu dia merehatkan diri sama seperti izzah.
Akhirnya, izzah sampai juga di rumahnya bersama driver admie, Azman. Dilihat ibunya (Puan Halimah) sedang asyik menyapu daun kering di halaman rumah tanpa sedari anak sulungnya itu. Izzah memberi salam dan terus memeluk ibunya yang sangat dirindui selama ini. Air mata mereka mengalir, sebagai tanda kerinduan yang teramat sangat. Azman di pelawa masuk ke dalam rumah. Puan Halimah, menyediakan makan dan minum pada Azman yang kelihatan penat memandu selama beberapa jam itu. Setelah mereka menjamu selera bersama, azman memohon untuk pulang semula ke kuala lumpur. Diajaknya izzah tidur dirumah, tetapi ditolak baik-baik oleh azman.
Suasana dikampung yang nyaman itu, mengukir senyuman di wajah manis izzah. Adiknya begitu terperanjat apabila melihat kakaknya berada di rumah ketika pulang dari sekolah tadi. Terus melonjak2 seperti monyet kelaparan memeluk kakak kesayangan itu. Izzah yang sedang mengelamun di pangkin depan rumah itu, terkejut apabila disapa oleh maknya.
Pn. Halimah - izzah, macam mana kerja di sana ok?
izzah - alhamdulillah mak semuanya berjalan dengan lancar.
Pn. Halimah - Si Azman tu, sapa zah? mak tak pernah dengar zah cerita pada mak tentang dia.
izzah - Owh itu, driver kawan izzah mak. Izzah balik dari kota london bersama dengan dia la. Kemudian, dia suruhnya si Azman itu hantar izzah ke sini. Dia tak dapat hantar sebab ada kerja.
Berkerut dahi Pn halimah, apabila izzah ckp tentang 'dia'
Pn Halimah - Siapa kawan izzah tu?
Izzah - Mak sebenarnya... kepulangan izzah ke Malaysia ini selain berjumpa dengan ayah dan mak, ada hal lain jugak.
Pn Halimah - Hal apanya sayang..
Izzah tenung muka maknya itu, lalu digenggam kedua-dua belah tangan maknya.
Izzah - mak, sebenarnya izzah nak kahwin. Izzah dah jumpa jodoh yang akhirnya dapat membuka pintu hati izzah untuk bercinta.
Pn halimah - alhamdulillah. Akhirnya.... Siapa dia?
Izzah - Admie namanya, bekerja di Kuala Lumpur. Izzah kenal Admie sewaktu di london tahun lepas. Dia baik mak, pandai, kaya pun kaya tapi izzah cintakan dia bukan kerna harta tapi kerna hati dia mak...
Pn halimah - Keluarga dia tahu tentang hal ini?
Izzah - Admie cakap dia akan bagitahu keluarganya tentang hal ini, kalau setuju mereka akan datang sini untuk melamar izzah.
Pn halimah - Izzah..... keluarga dia tak kisah ke kehidupan kita begini?
Terus izzah diam seketika......
Izzah - Entahlah mak, izzah pun tak pasti, kekadang izzah ada jugak terpikir tentang itu, yelah keluarga kita dan dia tak setanding. ' nada suara yang sedih'
Pn Halimah - mmm tak semua keluarga kaya blh terima keluarga macam kita ini sayang. Mak akan doakan terbaik untuk izzah. InsyaALLAH kita tunggu je keputusan dari Admie.
izzah - zah harap keputusan yang terbaik dari admie mak.
Sedang anak beranak berbual-bual di atas pangkin, Pak leman pun pulang dari kebunnya. Izzah menuju ke ayahnya itu dan memeluk ayhnya. Peluh badan Pak Leman tidak dipedulikan ketika itu.
Malam itu, Mak halimah menceritakan segala2nya pada Pak Leman tentang anaknya, izzah. Suka pak leman mendengar cerita itu. Akhirnya bertemu jodoh juga anaknya setelah merana akibat putus tunang.
Sebelum izzah tidur, admie menelifon. Admie baru sahaja pulang dari syarikat. Hampir pukul 11 malam ketika itu.
admie - syg, buat apa? dah nak tidur ker?
izzah - a,ah baru je baring atas katil ini, abg baru balik?
admie - yup, baru je balik.. sibuk betul hari ni, banyak sangat meeting.
izzah - mmm 2la important person biasalah cm2. Abg.....
admie - ye syg...' suara lembut mie'
izzah - rasa2nya dapat ke keluarga abg terima izzah. Yela, izzah tak setanding keluarga abg. kehidupan izzah susah abg.
admie - syg...np cakap mcm ini, mmm jgn fikir sampai ke situ, abg kenal keluarga abg mcm mana.. dia orang tak kisah pun dengan sapa anak2nya nk berkahwin asalkan perwatakkannya baik. Tengok along, suami dia susah jugak taw, tapi papa n mama tak larang pun. SEkarang hidup bahagia. Dah la syg, jgn fikir ke situ k....Abg dah pilih izzah untuk jadi teman hidup abg sehingga ke akhir hayat. Pasti mereka akan terima. ermmm awk ckp sy, da 2 keluarga syg dpt terima tak abg ini?
izzah - sy, dah cerita kat mak petang tadi, dan tadi pun nampak mak macam cite kat ayh. Dia orang setuju je abg.
admie - alhamdulillah, ok bsk abg akn maklumkan pada papa dan mama. Nanti terus abg datang melamar k..hehehe
izzah - hehehe, abg jgn pulak bila dah bagitahu terus dtg melamar, nanti terkutang kanting plk izzah kat sini.
admie - ala apa slhnya sesekali tengok izzah mcm lipas kudung..hahahha
Mereka berdua ketawa....
admie - k syg rehat bsk abg kol k...
izzah - ok abg...gud nite..
admie - gud nite syg....
Keesokkan harinya....
smbungan DC 29
DESTINASI CIENTA HASIL DARI IMIGINASI KU SENDIRI
Blog ini aku buat semata-mata nak tulis cerita saja. Cerita ini aku yang reka sendiri takde ciplak2 ni. Cerita cinta memang sangat indah tetapi ada yang menyakitkan. Destinasi cienta ini, memang dah lama aku create cuma tak kesampaian nak terbitkan. Jadi sekarang, aku terbitkan di dalam blog sebagai permulaan.
Saturday, August 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
~tentang pengarang~

- biarLahRahsia
- aku ni tak la jahat sgt,cuma nakal je, biasala 2. aku ni berisi tapi bukan gemuk..alaa comel la.. aku ni org nmpk mcm garang/ganas tp hati aku lembut. Org yg x kenal aku je akan ckp cm2. aku ni suke gelak2, tak suke marah2 org la..syok kalo dpt kwn gan aku
IDEA DAN KARYA ASAL
HAKCIPTA TERPELIHARA.2010.
DON'T COPYCAT
NANTI I SAMAN U!
No comments:
Post a Comment