Hari ini, keluarga admie dan beberapa orang saudara maranya ke perlis bagi meminang wanita pilihan admie. En. Azman menunjukkan arah ke rumah izzah yang terletak di sebuah perkampungan yang indah permandangannya iaitu di Chuping. Pak Leman sekeluarga menunggu ketibaan keluarga DAtuk Zakaria, berdebar-debar hatinya. Takut-takut keluarga datuk Zakaria tidak selesa dengan rumah papannya itu. SElepas subuh mereka tertolak, tepat jam 12.30 mereka tiba di perkarangan rumah pak leman. SEdara mara pak leman menyambut kedatangan keluarga admie dengan mesranya. Mereka di jemput masuk ke rumah, perbincangan dimulakan. Tengah-tengah berbincang, DAtin Zarina meminta Izzah tampil ke depan. Teringin keluarganya melihat bakal menantu barunya itu. Izzah dengan memakai baju kurung merah jambu bercorak batin, dengan selendang menutup kepalanya itu menampakkan keayuaan dan kecantikannya. Tergamam seketika keluarga admie dan sedara mara apabila melihat kecantikkan izzah yang lain dari yang lain. Lalu wajah Datin Zarina ceria dan terus mengajak izzah duduk di sebelahnya. Terketar-ketar juga kaki izzah menuju ke ruang tamu itu.
Akhirnya mereka setuju. Terus kedua-dua belah pihak berbincang tarikh2 pertunangan dan majlis perkahwinan yang bakal berlangsung. Admie menarik nafas lega apabila diberitahu oleh adiknya sofia, semua berjalan dengan lancar. Sofia tidak habis-habis memuji kecantikkan izzah sebentar tadi. Admie tersenyum sahaja mendengar kata-kata sofia. Memang tidak dinafikan izzah sangat cantik orangnya.
Majlis pertunangan dan perkahwinan admie dan izzah akan dijalankan sekali gus, pagi mereka bertunang, esoknya mereka bernikah. Majlis pernikahan admie akan berlangsung pada awal bulan Jun 2006.
Izzah kelihatan sangat gembira kerna dia akan akhiri zaman bujangnya bersama admie. Walaupun izzah mengetahui hati admie masih cintakan ara, tetapi izzah tetap berkeras untuk bersama dengan admie. Dia pasti suatu hari nanti cinta admie ada untuknya.
Ara tersenyum mendengar berita tentang tarikh perkahwinan admie dan izzah. Teringin sangat ara melihat wajah izzah. PUlang sahaja kamal dari perlis, kamal memberitahunya bakal isteri admie sangat cantik orangnya.
Admie dan izzah sibuk membeli belah. Sehinggalah.. majlis yang dinantikan tiba.....
DESTINASI CIENTA HASIL DARI IMIGINASI KU SENDIRI
Blog ini aku buat semata-mata nak tulis cerita saja. Cerita ini aku yang reka sendiri takde ciplak2 ni. Cerita cinta memang sangat indah tetapi ada yang menyakitkan. Destinasi cienta ini, memang dah lama aku create cuma tak kesampaian nak terbitkan. Jadi sekarang, aku terbitkan di dalam blog sebagai permulaan.
Sunday, August 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
~tentang pengarang~

- biarLahRahsia
- aku ni tak la jahat sgt,cuma nakal je, biasala 2. aku ni berisi tapi bukan gemuk..alaa comel la.. aku ni org nmpk mcm garang/ganas tp hati aku lembut. Org yg x kenal aku je akan ckp cm2. aku ni suke gelak2, tak suke marah2 org la..syok kalo dpt kwn gan aku
IDEA DAN KARYA ASAL
HAKCIPTA TERPELIHARA.2010.
DON'T COPYCAT
NANTI I SAMAN U!
No comments:
Post a Comment