DESTINASI CIENTA HASIL DARI IMIGINASI KU SENDIRI

Blog ini aku buat semata-mata nak tulis cerita saja. Cerita ini aku yang reka sendiri takde ciplak2 ni. Cerita cinta memang sangat indah tetapi ada yang menyakitkan. Destinasi cienta ini, memang dah lama aku create cuma tak kesampaian nak terbitkan. Jadi sekarang, aku terbitkan di dalam blog sebagai permulaan.

Tuesday, August 31, 2010

Destinasi Cienta 34

Keesokkan paginya, admie di andam oleh juru make up yg ditempah khas. Warna putih menjadi pilihan admie dan ara untuk majlis akad nikah, dan kemudian, mereka akn menukar baju berwarna hijau epal untuk majlis persandingan pula. Beberapa orang bersiap sedia menuju ke masjid berdekatan rumah izzah. Masjid akad nikah akan dijalankan di sana. Keluarga dan sanak saudara admie hadir terlebih dahulu. Dari jauh ara memandang admie. Admie kelihatan sangat segak dengan pakaian melayu, bersapin, dan songkok. Selang beberapa minit, pengantin perempuan tiba. Admie memerhatikan tingkah laku izzah dari mula sehinggalah izzah duduk, matanya tidak berkelip melihat izzah yg sangat cantik itu. Sebelum mula, admie memandang ara yg sedang memerhatikan dirinya dari tadi. Kemudian, admie mengalihkan pndangannya pada izzah.

Majlis akad nikah dimulakan tempat jam 9.30 pagi. Alhamdulillah dengan sekali nafas, izzah sah menjadi isteri admie. Admie menyarungkan cincin dan rantai emas yg diselaputi dengan berlian itu pada izzah, lalu dikucupnya dahi izzah. Air mata admie dan izzah mengalir perlahan-lahan. Lalu admie dan izzah bersalaman dengan keluarga masing-masing. Sampai giliran ara, dilihatnya wajah ara basah. Lagilah air mata admie mengalir dengan laju, cepat2 admie mengalihkan pandangannya. Tidak sanggup untuk dia melihat wajah ara yang di basahi oleh air mata.

Selesai bersalaman, admie dan izzah mengambil gmbr dan kemudian bergegas menuju ke rumah untuk menukar baju bagi majlis persandingan yang akan berlangsung tengah hari ini. Tepat jam 12 tgh hari, pengantin bersiap sedia. Kompang dipalu, pengantin berarak sehingga ke pelamin. Admie dan izzah mengukir senyuman gembira. Sangat secocok melihat mereka berdua, sama padan, sama cantik dan sebagainya. Majlis pada tengah hari itu, di meriahkan lagi dengan persembahan istimewa dari ara. Ara mendendangkan lagu selamat pengantin baru dan Pastikan dari album siti nurhaliza. Mendengar lirik-lirik lagu pastikan seperti lagu itu dituju khas buat admie.

Pastikan kau dengan aku,
jangan ada cinta lain,
tak pernah aku terlintas,
niat ku untuk berpaling,
maafkanlah aku syg,
bila belum kau bahagia,
sejauh langit di atas,
kan ku kerja bahagia mu.

Admie hanya mampu tersenyum mendengar nyanyian ara itu, hatinya tahu lagu itu pasti untuk dirinya. Admie terus memegang erat tangan isterinya dan di cium tangan izzah dengan lembut. Izzah tersenyum melihat suaminya begitu. Melihat wajah izzah, membuatkan hati admie lega dan tenang dari segala masalah. Itulah salah satu kelebihan yang ada pada diri izzah yang boleh membuatkan admie tenang.

Akhirnya selesai juga majlis persandingan izzah dan admie. Pada esok paginya, mereka perlu berangkat ke kuala lumpur, untuk persiapan majlis disana pula. Malam itu, buat pertama kalinya admie tidur bertemankan isterinya, izzah.

Esok harinya, mereka semua berangkat pulang ke Kl beramai-ramai. Keluarga izzah turut ke kl bersama. Mereka akan menetap di rumah baru admie. Rumah ini dibina berdekatan dengan rumah uncle kamal. Rumah ini siap dibina seminggu selepas admie pulang dari london. Rumah ini akan diduduki oleh admie selepas dia berumahtangga. Oleh itu, selepas berkahwin admie dan izzah akan tinggal di dalam rumah yang mewah itu. Kos membina rumah itu hampir 3 juta, di reka khas oleh arkitek yang profesional. Corak dalam dan luar rumah, adalah mengikut style luar dan dalam negara.

Setelah mereka tiba di kuala lumpur, terus admie membawa keluarga izzah ke kediaman barunya. SEbelum itu, admie menutup mata izzah sebagai tanda suprise untuknya. Tiba sahaja di kediaman mewahnya itu, admie memegang tangan izzah keluar dari kereta dan membawa ke halaman depan rumah. Kemudian, admie membuka kain yg menutup mata isterinya itu. Apa lagi, terkejut la izzah. Lalu dipeluk suaminya itu, keluarga izzah yang lain memerhatkan gelagat izzah dan admie. Mereka dibawa masuk ke dalam rumah. Izzah berjalan-jalan memerhatikan kawasan rumah. ADmie pula merebahkan dirinya di bilik. Terasa penat memandu berjam-jam. Izzah masuk ke dalam bilik dengan segelas air oren. Diberikan gelas itu pada admie dan kemudian terus izzah ke koridor biliknya. DAri koridor tersebut, dapat melihat pemandangan luar yg cantik. Admie datang mendekati isterinya, lalu merangkul kemas pinggang isterinya dari belakang. 'I Love u syg' bisik admie perlahan ke telinga isterinya. Lalu, izzah mengalihkan badannya dan terus memeluk suaminya. ' I love u 2 abg, n tenkiu so much for this big present'

Majlis persandingan di kuala lumpur akan diadakan lusa di kediaman rumah datuk zakaria.

sambungan DC 35..

No comments:

Post a Comment

~tentang pengarang~

My photo
aku ni tak la jahat sgt,cuma nakal je, biasala 2. aku ni berisi tapi bukan gemuk..alaa comel la.. aku ni org nmpk mcm garang/ganas tp hati aku lembut. Org yg x kenal aku je akan ckp cm2. aku ni suke gelak2, tak suke marah2 org la..syok kalo dpt kwn gan aku
IDEA DAN KARYA ASAL
HAKCIPTA TERPELIHARA.2010.
DON'T COPYCAT
NANTI I SAMAN U!

sahabat