DESTINASI CIENTA HASIL DARI IMIGINASI KU SENDIRI

Blog ini aku buat semata-mata nak tulis cerita saja. Cerita ini aku yang reka sendiri takde ciplak2 ni. Cerita cinta memang sangat indah tetapi ada yang menyakitkan. Destinasi cienta ini, memang dah lama aku create cuma tak kesampaian nak terbitkan. Jadi sekarang, aku terbitkan di dalam blog sebagai permulaan.

Thursday, August 12, 2010

Destinasi cienta 17

Selepas dari bertemu dengan ara. Admie sudah pun fikir masak-masak. Dia tidak akan ganggu kehidupan yang akan ara jalani selepas ini. Keputusan ara itu, bebetul membuatkan dirinya tersangat kecewa, tetapi admie masih tidak berdendam dengan ara. Mungkin inilah jodoh namanya. Cuma apa yang dia takut, bagaimana dia hendak berhadapan dengan uncle kamal dan ara apabila mereka bersama nanti. Berhadapan dengan org yang paling dicintai yang bersama dengan darah dagingnya sendiri. Admie perlu tabah menghadapi semua ini.

Hari pernikahan uncle kamal dan ara tinggal lagi sehari sahaja. Majlis pernikahan akan diadakan di Masjid Melawati. Sedara mara ara dan uncle kamal masih sibuk dengan persiapan terakhir. Ara akan mengadakan 3 majlis persandingan. Satu di rumah belah lelaki yang terletak di Kemensah Height, kedua di kampung ara yang terletak di Kedah dan majlis terakhir bersama peminat di PWTC. Sehari sebelum majlis pernikahan. Admie menghantar mesej pada ara

' Ara, mungkin ini mesej terakhir abg buat ara.. lepas ini kalau kita berhubung pun hanya sebagai sedara. Apa yg abg nk ara tahu, abg akan terus mencintai ara sehinggalah nafas ini terhenti, tiada cinta yg pernah abg miliki selama ini sehebat cinta ara. Walaupun kita tidak lagi bersama, hati abg tetap mencintai ara dan izinkan abg untuk mencintai ara. Kalaupun abg bertemu dengan wanita lain, percayalah abg akan terus mencintai ara. Abg akan doakan ara bahagia disamping uncle kamal. Ara, abg harap ara akan rahsia kan hubungan kita dulu pada uncle kamal. Biarlah ianya menjadi memori terindah dalam hidup abg. I love u syg...love u so much my Nur Maisara'

Ara membaca mesej admie, dan dengan lajunya air matanya mengalir. Adik perempuan ara yang melihat keadaan akaknya itu, terus memeluk ara. Ara menangis teresak-esak dibahu adiknya. 'Akak cintakan dia sgt cintakan admie'.. Ira terus memujuk kakaknya itu.

Admie membuat keputusan untuk meninggalkan tanah air buat seketika. Tidak sanggup baginya untuk melihat apa yg bakal berlaku esoknya. Keputusan admie untuk ke luar negara tidak dibantah 0leh Datuk Zakaria dan Datin Zarina. Mereka menghormati keputusan ank lakinya itu. Mungkin admie, perlukan masa untuk melupakan apa yang telah berlaku ini. Sebelum berangkat, admie sempat berpesan pada mamanya agar mengucapkan taniah pada uncle kamal diatas perkahwinannya. Malam itu, admie terbang ke Kota Londan dengan pesawat persendiriannya bersama pilot peribadinya Mr Jakson. Keluarga admie menghantar admie ke lapangan terbang. Masing-masing menitiskan air mata. Walaupun sebelum ini admie pernah ke luar negara, ianya tidak seperti ini. Tetapi hari ini, pemergian admie ke luar negara sgt menyedihkan. Sepanjang berada di pesawat, admie menangis dan terus menangis.

Keesokkan harinya (majlis pernikahan)

smbungan.....

2 comments:

  1. hahahah sabar hani..nantikan episode seterusnya lagi best...weee tenkiu ikuti blog kakana

    ReplyDelete

~tentang pengarang~

My photo
aku ni tak la jahat sgt,cuma nakal je, biasala 2. aku ni berisi tapi bukan gemuk..alaa comel la.. aku ni org nmpk mcm garang/ganas tp hati aku lembut. Org yg x kenal aku je akan ckp cm2. aku ni suke gelak2, tak suke marah2 org la..syok kalo dpt kwn gan aku
IDEA DAN KARYA ASAL
HAKCIPTA TERPELIHARA.2010.
DON'T COPYCAT
NANTI I SAMAN U!

sahabat