DESTINASI CIENTA HASIL DARI IMIGINASI KU SENDIRI

Blog ini aku buat semata-mata nak tulis cerita saja. Cerita ini aku yang reka sendiri takde ciplak2 ni. Cerita cinta memang sangat indah tetapi ada yang menyakitkan. Destinasi cienta ini, memang dah lama aku create cuma tak kesampaian nak terbitkan. Jadi sekarang, aku terbitkan di dalam blog sebagai permulaan.

Sunday, August 15, 2010

Destinasi cienta 23

March 2006 admie membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia, tahun ini dia ingin berpuasa dan beraya bersama keluarganya. Admie sudah bersedia untuk berhadapan dengan ara dan uncle kamal. Sampai bila dia akan berada di Kota London ini kalau kerna ara dan u.kamal. Dia perlu bersedia dan menyesuaikan diri untuk berhadapan dengan keadaan ini. Admie memberitahu izzah bahawa dia akan pulang ke Malaysia. Wajah izzah sedikit sedih kerna kwnya akan pulang, berapa lama admie berada di Malaysia dia tidak tahu. Admie ada juga mengajak izzah pulang bersama, tetapi izzah masih tidak tahu.

Izzah juga merindui keluarganya yang berada di Perlis. Walaupun jauh, dia tetap menghubungi ayah, ibu dan adik2nya di kampung. Izzah tidaklah sekaya admie, kehidupan izzah sekeluarga hanyala sederhana. Izzah mempunyai 4 orang adik beradik dan izzah merupakan anak sulung. Walaupun susah, izzah tetap berjaya dalam kehidupannya. Setiap bulan akan di kirimkan duit gajinya kepada keluarganya di kampung.


Setahun mengenali admie, izzah sangat senang berkawan dengan admie. Dulu admie ada menanya padanya tidak ada yang istimewa ke? Izzah tersenyum mendengar soalan admie itu. Sebelum ini, Izzah pernah bercinta dan sudah pun bertunang. Tetapi hubungannya tidak berpanjangan, apabila tunangnya itu dipercayai bercinta dengan orang lain, tanpa pengetahuannya. Izzah dapat tahu hal ini apabila depan matanya sendiri, tunangnya itu memeluk seorang gadis diluar rumah tunangnya. Alangkah terkejutnya dirinya lalu memutuskan hubungan. Selepas dari itu, izzah nekad untuk melanjutkan pengajarannya di London sehinggalah dia bekerja di sana. Admie terkejut mendengar cerita dari Izzah, kehidupan izzah dan dia seakan sama. Permergian admie ke Malaysia membuatkan dirinya sedih, kerna selepas ini dia akan keseorangan semula. Tetapi dalam mengenali admie selama setahun itu, timbul rasa syg dan jatuh cinta pada jejaka itu. Admie sgt romantik orangnya, soft spoken, periang dan sebagainya. Sukar untuk izzah mengungkapkan rasa syg dan cintanya pada admie. Hal ini kerana, dia tahu admie masih mencintai ara dan tidak akan lupakan ara. Admie pula hanya menganggap dia sebagai kawan sahaja.


Sehari sebelum admie diterbangkan ke Malaysia, admie keluar bersama izzah. Ketika itu, admie menghadiahkan izzah sejambak bunga ros sebagai tanda persahabatan mereka. Pada malam itu, admie membawa izzah bersiar-siar ditepi pantai dan menghirup udara segar. Mereka seoleh-oleh sepasang kekasih. Izzah terasa bahagia bersama dengan admie.


Keesokkan harinya izzah menemani admie ke lapangan terbang. Admie pulang dengan kapal terbang peribadinya. Mr Jakson telah membuat persediaan seminggu awal. Sebelum pulang, izzah menghadiahkan admie sebuah kotak. Izzah meminta admie membuka kotak tersebut setelah kakinya jejak ke Malaysia. Admie tersenyum menerima hadiah dari izzah itu. Admie berpesan pada izzah agar menjaga dirinya dan admie juga memberitahu yang dia akan merindui izzah disana nanti. Mendengar kata-kata admie itu, ingin luruh hatinya. Dirinya juga akan merindui admie. Admie pergi meninggalkan izzah. Izzah pulang ke rumah sedihnya. Kenangan dia bersama admie di kota london ini akan mengubati rindunya pada admie nanti.



sambungan...nantikan DC 24....

1 comment:

~tentang pengarang~

My photo
aku ni tak la jahat sgt,cuma nakal je, biasala 2. aku ni berisi tapi bukan gemuk..alaa comel la.. aku ni org nmpk mcm garang/ganas tp hati aku lembut. Org yg x kenal aku je akan ckp cm2. aku ni suke gelak2, tak suke marah2 org la..syok kalo dpt kwn gan aku
IDEA DAN KARYA ASAL
HAKCIPTA TERPELIHARA.2010.
DON'T COPYCAT
NANTI I SAMAN U!

sahabat