Kini admie berada di Malaysia, seorang pun tidak tahu kepulangan admie ke Malaysia. Sampai sahaja di lapangan terbang, admie terus pulang ke rumah. Terasa dadanya berdebar dalam perjalanan ke rumah. 1 jam perjalanan, akhirnya admie berada di hadapan rumahnya. Di laman rumah dilihat kereta papa, mama dan adiknya tersandar di garaj. Admie membunyikan bell, kemudian bibiknya membuka pintu. Admie tersenyum dan menyapa bibiknya itu. Admie menuju ke ruang tamu, dilihat papa dan adiknya sofia sedang menonton tv.
sofia - abg!!!!(sofia berlari dan terus memeluk abgnya)
mie - ai adik......
sofia - np tak bagi tahu balik?
mie - suprise..hahahha
Kemudian admie bersalam dan memeluk erat papanya. Sofia terus memangil mamanya yang berada di atas. Datin zarina turun dan terkejut melihat wajah anaknya itu. Admie terus memeluk mamanya. Datin zarina menitiskan air mata kerna rindunya pada admie.
Malam itu, along, usu, rizali dan sofia berada di rumah untuk makan malam bersama-sama sempena kepulangan admie. Suasana dirumah Datuk Zakaria riuh rendah dengan suara-suara gelak mereka dan anak-anak kecil yang bermain-main. Selepas makan, minum, berborak-borak admie naik ke atas. Dirinya perlu rehat secukupnya untuk dia ke pejabat lusa nanti. Lalu admie merebahkan dirinya ke katil empuk.
Keesokan harinya admie merehatkan dirinya di rumah. Terasa rindu sungguh dengan suasana indah di rumahnya itu. Sedang admie baring di sofa yang terletak di ruang tamu, tiba-tiba admie terfikir kotak yang diberikan kepada izzah. Admie naik ke atas lalu dibukanya kotak itu. Didalam kotak itu, mengandungi sepucuk surat. Admie membuka surat itu lalu membacanya.....
Assalamualaikum admie, dah sampai rumah? Bestla 2 dapat lepaskan rindu. Maaf kalau kedatangan surat ini menganggu admie. Izzah bukannya apa, terasa rindu nak tulis surat. Selalu guna mesej jer. Admie, izzah harap mie akan bersedia menghadapi segala dugaan dan cabaran sepanjang admie di sana. Lebih-lebih lagi apabila admie bertemu dengan kekasih lama nanti. Izzah sentiasa doakan admie tabah menghadapi segala-galanya.
Admie, sedar tak sedar setahun dah kita berkawan. Secara jujurnya, izzah sangat selesa berkawan dengan admie. Kalau dulu, sukar untuk izzah percayai lelaki kerna kes tunang izzah dahulu. Kini tidak lagi, hadirnya admie dalam hidup izzah telah mengubah perasaan itu. Mie, izzah terasa sangat malu untuk memberitahu mie hal sebenar. Sebab itulah izzah menulis surat ini, terasa sedikit berani melalui surat.
Admie, izzah akui selama kita berkawan ini telah mewujudkan perasaan cinta izzah pada admie. Maafkan izzah kalau perasaan ini muncul dalam diri izzah. Izzah tahu admie masih tidak bersedia untuk bercinta dengan mana-mana wanita dan izzah tahu admie masih mencintai dia. Tetapi mie, berilah peluang pada izzah untuk mengisi kekosongan dihati admie itu. Izzah rasa hadirnya admie disini, dan bertemunya kita di sini ada hikmah di sebaliknya.
Izzah tidak minta apa-apa pun dari mie, cuma beri peluang pada izzah untuk bersama dengan admie. Kalaupun izzah terpaksa berhadapan dengan dia selepas ini, izzah sanggup mie. Maafkah izzah sekali lagi, kalau mula merungsingkan admie. Izzah tidak memaksa mie. Izzah menerima segala keputusan admie dengan hati terbuka. Maafkan izzah, jaga diri baik-baik di sana nanti ea. Izzah akan merindui admie dari jauh.
Terkejut admie membaca surat dari izzah itu. Tidak disangka langsung perkara ini akan berlaku. Admie sangat kagumi keberanian izzah. Setahun mereka berkawan memang rasa sygnya pada izzah ada, tetapi admie masih tidak bersedia untuk bercinta. Meneliti surat itu, teringatkan dia pada wajah izzah yang ayu bertudung itu. Kulit izzah yang putih, ketinggian yang sederhana, senyuman yang manis dengan lengsung pipit di kiri dan kanan wajahnya akan membuatkan mana-mana lelaki mudah cair. Izzah seorang yang periang dan lemah lembut orangnya, cara cakapnya juga lembut. Tidak ada cacat cela yang dilihat dalam diri izzah. Admie menyimpan surat itu di dalam kotak dan diletakkan kotaknya itu didalam laci. Admie ingin menelifon izzah, ditenungnya nombor izzah. Tidak jadi telefon, terus admie turun bawah dan menonton semula tv. Kepalanya kini, teringat pada kata-kata izzah dan wajah ara.
Esoknya...
sambungan DC 25....
DESTINASI CIENTA HASIL DARI IMIGINASI KU SENDIRI
Blog ini aku buat semata-mata nak tulis cerita saja. Cerita ini aku yang reka sendiri takde ciplak2 ni. Cerita cinta memang sangat indah tetapi ada yang menyakitkan. Destinasi cienta ini, memang dah lama aku create cuma tak kesampaian nak terbitkan. Jadi sekarang, aku terbitkan di dalam blog sebagai permulaan.
Sunday, August 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
~tentang pengarang~

- biarLahRahsia
- aku ni tak la jahat sgt,cuma nakal je, biasala 2. aku ni berisi tapi bukan gemuk..alaa comel la.. aku ni org nmpk mcm garang/ganas tp hati aku lembut. Org yg x kenal aku je akan ckp cm2. aku ni suke gelak2, tak suke marah2 org la..syok kalo dpt kwn gan aku
IDEA DAN KARYA ASAL
HAKCIPTA TERPELIHARA.2010.
DON'T COPYCAT
NANTI I SAMAN U!
ada can nie nk masuk line
ReplyDeleteline apa?line telifon???hahaha
ReplyDelete