DESTINASI CIENTA HASIL DARI IMIGINASI KU SENDIRI

Blog ini aku buat semata-mata nak tulis cerita saja. Cerita ini aku yang reka sendiri takde ciplak2 ni. Cerita cinta memang sangat indah tetapi ada yang menyakitkan. Destinasi cienta ini, memang dah lama aku create cuma tak kesampaian nak terbitkan. Jadi sekarang, aku terbitkan di dalam blog sebagai permulaan.

Wednesday, August 18, 2010

Destinasi cienta 25

Keesokkan paginya Dr. Putera Admie dengan berpakaian kemeja hijau daun pisang, tie, slack itam dan memakai blazer menampakkan lagi ketampanan dirinya itu. Selepas breakfast, admie memandu kereta ferrari hitam kesayangan itu menuju ke syarikat insurans. Sampai sahaja di pejabat, semua staff seakan terlopong memandang bosnya itu. Mereka terkejut akan kedatangan bosnya secara suprise ke pejabat. Admie masuk ke dalam bilik yang kelihatan kemas itu. Admie menyandar badan ke kerusi empuk hitam. Alia, masuk ke dalam sebentar, admie memberi arahan pada setiusahanya dengan menekan butang interkom. Tidak sampai 2 minit, alia mengetuk pintu. Admie menyuruh alia memberitahu semua staff meeting akan dijalankan 1 jam dari sekarang. Alia keluar lalu bibirnya mengukir senyuman manis. Terasa rindu dia pada bosnya itu. Alia melihat semakin segak dan tampan bosnya.

Hampir satu jam meeting di jalankan. Segala perjalanan syarikat sepanjang ketiadaan dirinya berada dalam keadaan terkawal. Selepas itu, alia menerangkan jadual-jadual padanya yang perlu dia hadiri sepanjang seminggu ini. Tidaklah banyak sangat. Jam menunjukkan 1.30pm, admie memandu laju menuju ke Tech Holding. Dalam perjalanan ke sana, admie sudahpun menelifon setiusahanya yang dia akan mengadakan meeting. Tiba sahaja admie, terus meeting dijalankan. Kusut kepala admie apabila terdapat beberapa masalah dalam pengeluaran stok. Tetapi dengan kebijaksanaan yang dia miliki, admie dapat mengatur strategi baru. Sehingga petang admie berada di Tech Holding. Dalam sehari admie dapat mengendalikan dua syarikatnya. Perancangannya esok pagi, dia akan ke Admie Sdn Bhd dan Loxio Sdn Bhd. Seterusnya diikuti oleh hotelnya pula.

Seminggu admie sangat bz menguruskan ke semua syarikatnya yang terdapat di Malaysia. Terasa penat badannya. Hari minggu dia merehatkan diri di rumah. Sedang dia merehatkan diri, teringat dia pada izzah. Semenjak membaca surat izzah itu, langsung dia tidak menelifon atau memberi feed back pada izzah. Terasa kesian pada izzah, teringat dia pada izzah yang ayu bertudung dan mempunyai senyuman yang manis dan rupa paras yang menawan. Lalu admie mendail nombor izzah.

admie - hai izzah
izzah - admie!!
admie - yes, how ar u?
izzah - im fine, tenkiu.. admie sihat?
admie - sihat alhamdullilah. Buat apa itu?
izzah - tak ada buat apa-apa tengah duduk baca majalah ini. Wah sampai Malaysia senyap terus, tak bagi tahu pun dah sampai.
admie - im so sory izzah, admie letih sgt tak pikir pape pun selain hendak sampai awl ke rumah. Minggu ni admie bz sgt kendali syarikat. Mcm2 hal. Sori yer izzah, bukan maksud admie lupakan izzah. I still remember u. 'dengan suara yang lembut'
izzah - yela admie, izzah faham. Yang penting admie tak lupa orang disini..' izzah tersenyum'
admie - mestilah tak lupa. izzah, i wan tell u something about the letter.
Hati izzah berdebar
izzah - ye mie
admie - izzah, admie sgt hargai perasaan izzah pada admie. Admie masih tak bersedia lagi izzah. Bagi admie masa dulu boleh? i know u ar very good girl. Banyak pergorbanan izzah lakukan pada admie sepanjang di sana. Admie terasa terhutang budi. Tapi admie taknak mencintai izzah hanya kerna rasa terhutang budi itu. Biarlah ianya lahir dari hati admie sendiri. Admie harap izzah faham apa yang cuba admie jelaskan. 'suara admie kelihatan sedih'
izzah - mie, izzah faham situasi admie dan perasaan admie. Izzah pun tak memaksa admie, tapi mie, bukalah pintu hati admie itu. Memang sukar, izzah tahu tapi admie kena tabah. Ada orang yang mencintai admie dari jauh. Izzah terima keputusan admie itu. 'suara izzah mendatar'
admie - izzah tenkiu so much. Admie akan cuba izzah. Bila dipikir balik, memang tak perlu admie terus begini. Mungkin dah tiba masanya untuk admie belajar mencintai orang lain. Izzah, maafkan admie ye, admie tak bermaksud nk menyinggung hati izzah.
izzah - tak apalah admie, izzah faham. Admie, apa jua yang berlaku kat sana kalau perluka izzah beep saja k. Izzah sentiasa bersama dengan admie.
admie - Thanks izzah. okla izzah, nanti kita continue k. Ini nombor admie, bila-bila masa call or mesej je k. And please take care of ur self. anything happen let me know.
izzah - ok mie. Jaga diri jugak. Bye.
admie - Bye

Perasaan admie lega apabila meluahkan segalanya pada izzah seketika tadi. Izzah sangat memahami dirinya.

Selepas bercakap dengan admie, hati izzah terasa sayu. Sudah di jangka, admie pasti tidak bersedia lagi. Tapi dirinya tekad tidak akan mengalah, dia akan terus menangani hati lelaki itu.
Izzah menyambung semula membaca majalah.

sambungan....DC 26

No comments:

Post a Comment

~tentang pengarang~

My photo
aku ni tak la jahat sgt,cuma nakal je, biasala 2. aku ni berisi tapi bukan gemuk..alaa comel la.. aku ni org nmpk mcm garang/ganas tp hati aku lembut. Org yg x kenal aku je akan ckp cm2. aku ni suke gelak2, tak suke marah2 org la..syok kalo dpt kwn gan aku
IDEA DAN KARYA ASAL
HAKCIPTA TERPELIHARA.2010.
DON'T COPYCAT
NANTI I SAMAN U!

sahabat