
Sejak pulang ke Malaysia tidak terlintas langsung admie untuk berjumpa dengan u.kamal dan ara. Admie menumpukan sepenuh perhatian pada perniagaan.
Malam itu, admie pulang agak lewat ke rumah. Selepas isyak baru admie sampai rumah. Semasa admie tiba ke pekarangan rumah, admie terkejut apabila mendapati sebuah kereta tersadai yang ckup dia kenali. Uncla Kamal!!! Dada admie mula berdebar, sebelum masuk ke rumah, ditariknya nafas panjang-panjang agar dapat berhadapan dengan ara dan uncle kamal. Dari luar, kedengaran suara uncle kamal dan papa gelak ketawa. Admie masuk ke dalam dan terus ke ruang tamu. Terketar-ketar kakinya menuju ke ruang tamu, walaupun berada di rumahnya sendiri.
Admie memberi salam, lalu semua mata memandang ke arahnya. Admie terus menuju ke unclenya lalu bersalaman dan memeluk dengan penuh erat. Air matanya mula bertakung, tetapi diseka secepat yang mungkin. Admie memohon maaf pada unclenya kerana tidak hadir ke majlis perkahwinan. Kemudian admie bertentangan mata dengan ara, cinta hati yang dirindui selama ini kini bebetul berada di hadapannya. Admie bersalaman dengan ara, terasa mengigil seluruh badan. Ara menyapa admie, mereka tersenyum antara satu sama lain. Ara menatap muka jejaka yang dirinduinya sepuas2nya, nampak lain. Admie kelihatan kurus berbanding dahulu, tetapi pada pandangan admie, ara nampak sedikit berisi berbanding dahulu. Mungkinkah bahagia...
Dari tadi admie memerhatikan ara. Terasa sangat rindu pada ara, semakin lawa ara walaupun badan berisi. Tetapi pada yang sama, ingatannya teringat pada izzah yang berada di kota london. Terasa kesian dia pada gadis yang mencintai dirinya itu. Terus admie keluar dan duduk di taman kolam ikan sebelah rumah. Ketika admie duduk bersahaja, ara menyapanya dari belakang. Admie yang sedang mengelamun jauh itu, terkejut dengan sapaan ara.
ara - ai terkejut ke?
admie - ai agaklah, tiba-tiba je..
admie - ai agaklah, tiba-tiba je..
ara - mm blh ara join..
admie - of coz ,silakan...
ara - mie sihat?
admie - sihat alhamdulillah (admie perasaan panggilan ara padanya juga telah bertukar)
ara - Dah lama balik ,tapi tak datang rumah pun.
admie - owh, sori la..mie bz sikit uruskan syarikat..ara mcm mana ok?
ara - so far so gud..mie, knpa tak bagitahu ara admie ke london? mie buat ara risau.
admie - perlu ke risau? mmm tahla, rasanya tak penting kot admie ada ke takde. Majlis tetap juga berjalan. Ara, da la 2 benda da lepas biarkan la. Mie tgk pun ara bahagia dengan u.Kamal. Admie suke tengok.
ara - Abg....
Tiba-tiba uncle kamal datang mencelah....
U.kamal - ai, rancak berborak..
admie - uncle, xdelah borak pasal business jer..come join us..
U.kamal - so how ur business?
admie - mmm ok jer...
Admie terasa sedikit janggal, apabila U.kamal duduk rapat sebelah ara, kemudian memeluk pinggang ara. Ara terus pandang wajah admie, dilihat admie tidak selesa dengan keadaan begitu.
U.kamal - Bila nk kahwin?
Admie - Hah! kawin?mmm tahla uncle ada jodoh nanti kahwin la mie..Knpa uncle ada calon untuk admie ker?
U.kamal - hahaha..Calon itu ramai mie, kalau admie nk boleh jer uncle tlog adjust.
admie - hahaha memandai je uncle ini..xde lah mie gurau jer..
Kemudian handset admie berbunyi, admie bangun dan menuju ke kawasan bunga untuk menjawab panggilan. Sambil bercakap, sambil itu mata admie memandang ke arah ara dan u.kamal. Sangat bahagia mereka berdua, sedangkan hati admie meronta-ronta kesakitan. Selepas menjawab panggilan, admie terus masuk ke dalam, tanpa mempedulikan ara dan kamal.
Malam itu, xde apa yang membahagiakan dirinya walaupun dapat berjumpa dengan ara. Perjumpaannya bersama ara selepas ara digelar isteri kepada uncle rapatnya sendiri. Melihat kebahagiaan ara dan kamal, membuatkan dirinya cemburu. Jika tidak pasti dia akan bahagia bersama ara dikala ini, jika dia dan ara bersama. Walaubagaimanapun, demi kebahagian mereka berdua, admie perlu berkorban. Biarlah dirinya yang menanggung penderitaan ini. Sedang admie merebahkan dirinya ke atas katil, terasa rindunya pada izzah datang menjelma. Diambilnya handset, dan di tatapnya beberapa keping gambar izzah. Admie ada menyimpan gmbr izzah didlm anset, gambar ketika mereka bersuka ria bersama-sama di london. Wajah izzah yang redup itu, membuatkan admie lupa segala2nya. Lalu admie melelapkan matanya...
smbungan DC 27...
No comments:
Post a Comment