DESTINASI CIENTA HASIL DARI IMIGINASI KU SENDIRI

Blog ini aku buat semata-mata nak tulis cerita saja. Cerita ini aku yang reka sendiri takde ciplak2 ni. Cerita cinta memang sangat indah tetapi ada yang menyakitkan. Destinasi cienta ini, memang dah lama aku create cuma tak kesampaian nak terbitkan. Jadi sekarang, aku terbitkan di dalam blog sebagai permulaan.

Thursday, September 2, 2010

Destinasi Cienta 36



Genap sebulan admie dan izzah hidup bersama sebagai suami isteri. Ternyata dalam masa sebulan itu, sedikit sebanyak cinta dan syg admie pada izzah semakin hari semakin mekar. Layanan dan cara izzah sebagai seorang isteri amat berkenan di hati admie. Izzah sangat manja, lembut, periang dan nakal orangnya. Cara izzah begitu membuatkan hati admie begitu senang bersama dengannya. Walau bagaimana pun, cintanya pada ara tetap di dalam hati. Selepas majlis perkahwinan admie, dia tidak berjumpa dengan ara. Admie banyak menghabiskan masa di rumah bersama dengan izzah. Mereka baru pulang dari bulan madu di Itali. Salah satu tempat yang ingin sangat dituju oleh izzah, admie ikut sahaja kehendak isterinya itu.

Izzah sangat gembira bersama admie. Seorang lelaki yang menjadi gilaan wanita di luar sana. Walaupun izzah mengetahui hal sebenar hubungan di antara admie dan ara, sehingga kini dia masih rahsiakah hal itu. Dia tidak bersedia lagi untuk memberitahu admie tentang hal itu. Tetapi apa yang mengejutkan izzah tentang ara adalah dia merupakan isteri kepada Datuk kamal, uncle admie sendiri. Hal ini izzah ketahui semasa saudara mara admie dtg melamarnya di kampung. Ketika di London, izzah tahu bahawa ara berkahwin dengan seorg datuk. Tetapi tidak disangka langsung Datuk itu adalah sedara admie sendiri. Sejak izzah mengetahui tentang hal itu, dia mula terkenang kejadian di London dahulu. Admie kelihatan begitu lemah, suka jalan sorang-sorang sehingga jatuh sakit. Rupa2nya, dia sgt merana, kerana cintanya tidak kesampaian dan lebih merana lagi apabila cintanya berkahwin dengan unclenya sendiri. Mungkin sebab itu jugalah admie tidak bersedia untuk pulang ke Malaysia, kerna dia akan berhadapan dengan cintanya sepanjang masa. Sekarang izzah juga perlu berhadapan dengannya.

Aku perlu berhadapan dengan ara, cinta admie. Cinta yang admie sendiri tidak boleh lupakan, cinta admie yang akan kekal selama2nya di dalam hatinya. Setiap hari admie berjumpa dengan ara, dan setiap hari itulah juga admie akan terkenangkan cintanya itu. Bagaimana pula dengan aku? Adakah dengan kehadiran aku dapat mengubati segala2nya? Dapatkah aku mengatasi cinta ara didalam hati admie? SEmuanya menjadi tanda tanya. Apa yang perlu alu lakukan? Dahulu sebelum menerima admie, aku pernah memberitahu tidak akan menghalang cinta admie dahulu, bahkan menghormati perasaan admie ketika itu. Tetapi kini, perlu ke aku mengubah segala2nya? Perlu ke aku terus menghormati perasaan cinta admie pada ara? Bagaimana pula, perasaan aku sebagai seorang isteri? 'desus hati izzah'.
Sejak admie berkahwin ini, tiada kesempatan lagi untuk admie menjenguk semua syarikatnya. SElama sebulan ini, dia banyak menghabiskan masanya bersama izzah, honeymoon seminggu di itali, mengemas rumah barunya dan sebagainya. Keesokkan harinya, admie bercadang untuk ke menjenguk keadaan di syarikatnya. Malam itu, admie memanggil izzah di ruang tamu bilik tidurnya.
admie - syg,. meh sini duduk sini..
izzah - knpa abg?(izzah mengatur langkahnya menuju ke admie, dan duduk di sebelah suaminya)
admie - syg, abg nk cakap sesuatu ini...
izzah - ckp apa abg? (tiba-tiba hati izzah berdebar)
admie - macam ini, abg rasa abg da buat keputusan untuk kita...
izzah - keputusan?maksud abg?(dahinya kerut seribu)
admie - hehehe syg jgn la nervous sgt, bukan apa pun, tapi abg rasa ini terbaik untuk membina keluarga kita. ( admie memegang erat jari-jemari lembut isterinya)
cmni syg, abg rasa, abg nak syg tlog abg uruskan beberapa syarikat abg. Abg tak larat nak uruskan seorg diri. Disebabkan abg dah ada izzah, jadi abg nak izzah tlog abg uruskan. Lagipun ini adalah salah satu niat abg. Abg dah niat, kalau dah kahwin nanti, abg nak isteri abg uruskan syrikat, dan bila dah tua anak2 pula akan uruskan. Boleh syg?
izzah - mcm mana dengan kerja izzah kat london?
admie - yang 2, sayang tak perlu risau ok, abg akan call Mark. Tapi abg nak persetujuan dari izzah, izzah nak tak handle kerja abg ini. Abg tahu izzah ada pengalaman kerja di syarikat.
izzah - Abg yakin ke kat izzah?
admie - mestilah yakin syg, isteri abg kan...(admie mencubit lembut pipi isterinya)
izzah -hehe...ok, tp abg kenalah tlog ajar izzah dari awal.
admie - alrite, anything for u my love, esok eh! kita g syarikat. Abg akan kenalkan syg pada semua staff termasuklah pemegang syer syarikat.
izzah - esok! awalnya abg...syarikat yg mana?
admie - amboi, kita da cuti sebulan tau, tak kan syg nak cuti lgi..hehehe.. esok abg akan introduce je syg kat semua staff dan abg akan mengumumkan perlantikkan jawatan syg. Tentang syarikat, abg da fikir2.. 1) syarikat teknologi, 2) syarikat insurans, 3) City Hotel abg di Kl dan 4) Loewe Hotel... ok?
izzah - 4 buah abg suruh izzah handle...
admie - yup, knpa syg tak larat ke?takpe, abg kan ada.... abg akan tlog izzah, cuma abg nak izzah pantau je pengurusan syarikat as a Boss...Blh syg?
izzah - ermmm ok la mcm 2, tapi abg janji tau kena tlog izzah jugak.. nanti takut2 izzah tak larat jer, yela izzah taknak nanti masa izzah abis ke syarikat jer, tp masa dengan abg xde...xnkla cm2..
admie - hehehe dun wori cyg, dat y abg nk syg tlog abg, sekurang2nya kita dapat jupa di pejabat juga selain di rumah..ok?
izzah - ok, (izzah melentokkan kepalanya dibahu admie)
Lantas admie mencium ubun2 kepala izzah.....
smbungan DC 37...

No comments:

Post a Comment

~tentang pengarang~

My photo
aku ni tak la jahat sgt,cuma nakal je, biasala 2. aku ni berisi tapi bukan gemuk..alaa comel la.. aku ni org nmpk mcm garang/ganas tp hati aku lembut. Org yg x kenal aku je akan ckp cm2. aku ni suke gelak2, tak suke marah2 org la..syok kalo dpt kwn gan aku
IDEA DAN KARYA ASAL
HAKCIPTA TERPELIHARA.2010.
DON'T COPYCAT
NANTI I SAMAN U!

sahabat