Esok harinya, admie dan izzah bersiap sedia untuk ke syarikat. Mereka mengenakan warna pakaian yang sedondon iaitu merah jambu. Izzah dengan memakai slack hitam, kemeja pink, tudung dan blazzer, manakala admie segak dengan slack hitam, kemeja pink, bertali leher ungu cair dan kotnya.
Di syarikat, semua staff berada di bilik mesyuarat. Mereka telah dimaklumkan awal tentang mesyuarat ini oleh setiausaha admie. Mesyuarat di mulakan, perlantikkan izzah sebagai Pengurus syarikat pengganti admie di persetujui oleh staff2 lain. Walaupun admie melantik izzah sebagai pengurus syarikat, admie juga memilik jawatan tertinggi iaitu BOD di dalam syarikatnya. Segala hal2 syarikat, admie juga perlu ketahui melalui izzah. Izzah bertanggungjawab menguruskan syarikat2 ini. Selepas menghadiri satu mesyuarat, admie dan izzah ke syarikat seterusnya dan kemudian mereka ke hotel. Dalam sehari itu, perlantikkan izzah sebagai pengarah syarikat dan hotel berjalan dengan lancar. Oleh itu, esok pagi dan seterusnya izzah perlu menjalankan tugasnya di pejabat.
Seharian mengadakan mesyuarat dan sesi perkenalan dengan staff, nampak tubuh badan izzah penat. Admie tersengih sahaja melihat keadaan isterinya begitu. Dalam perjalanan pulang ke rumah selepas makan malam...
admie - hei, baru jer mesyuarat dan kenal2lan dan penat..mcm mana nak uruskan syarikat esok ni?
izzah - ala abg 2, suruh izzah pergi syarikat mengejut, ckp malam smlm, arini terus ke syarikat, manalah izzah nk bersedia lagi...tiba-tiba jer...
admie - eleh, sebulan cuti takkan tak bersedia lagi.. abg saja je nak buat suprise untuk syg...hehehe
izzah - Yela 2, suprise sampai tak larat izzah dibuatnya..
admie - PErmulaan syg, memangla cmni ni..nanti syg biasa la 2 ok..
Izzah senyap, sampai sahaja di perkarangan rumah. Admie melihat isterinya begitu lena tidur. Admie keluar kereta, lalu mengangkat isterinya menuju ke bilik tidur. Inilah kali pertama dia mengangkat isterinya. Badan nampak kurus, tapi berat bukan main..Izzah diantara sedar tak sedar itu, membiarkah sahaja admie mengangkatnya, rasa tak larat betul tubuh badannya. Admie menyelimutkan isterinya lalu kucupan syg hinggap di pipi kiri dan kanan izzah. ' i love u syg' admie berbisik pada telinga isterinya.
Sebelum admie melelapkan mata, dipandangnya isterinya yg lena tidur. Letih sangat agaknya dia ni. Tiba-tiba kena attend 4 mesyuarat dalam sehari. Semakin hari, semakin syg dia pada izzah. Tidak dinafikan, cara izzah sebagai seorg isteri begitu menawan baginya. Renungan admie pada izzah, akhirnya terpadam apabila fikiran tiba-tiba teringat pada ara. Kata-kata ara semasa hari pertunangannya dulu masih tercari-cari jwpnnya. Admie tidak sempat bertemu dengan ara gara-gara sibuk dengan persiapan majlis perkahwinannya. Adakalanya apabila bertemu dengan ara, terasa cintanya pada ara msih ada. Tetapi apabila bersama izzah, mudah sgt dia lupa pada ara. Admie juga risau bagaimana perasaan izzah apabila mendapat tahu yang ara lah wanita yang dicintainya sebelum ini sedangkan izzah sudahpun mengetahui hal yang sebenar. Admie takut izzah tidak dapat menerima kenyataan ini. Ara yang selalu berada di depan matanya. Admie sendiri tidak tahu bagaimana hendak lalui kehidupannya begini, apa yang penting baginya, kebahagiaannya, cintanya dan sayangnya sekarang ini hanyalah untuk izzah. Izzah berhak mendapat cintanya, tetapi cintanya pada ara tetap di situ(hati) tidak bertambah mahupun berkurang. Tengah-tengah admie berfikir, akhirnya dia lelapkan mata.
DESTINASI CIENTA HASIL DARI IMIGINASI KU SENDIRI
Blog ini aku buat semata-mata nak tulis cerita saja. Cerita ini aku yang reka sendiri takde ciplak2 ni. Cerita cinta memang sangat indah tetapi ada yang menyakitkan. Destinasi cienta ini, memang dah lama aku create cuma tak kesampaian nak terbitkan. Jadi sekarang, aku terbitkan di dalam blog sebagai permulaan.
Thursday, September 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
~tentang pengarang~

- biarLahRahsia
- aku ni tak la jahat sgt,cuma nakal je, biasala 2. aku ni berisi tapi bukan gemuk..alaa comel la.. aku ni org nmpk mcm garang/ganas tp hati aku lembut. Org yg x kenal aku je akan ckp cm2. aku ni suke gelak2, tak suke marah2 org la..syok kalo dpt kwn gan aku
IDEA DAN KARYA ASAL
HAKCIPTA TERPELIHARA.2010.
DON'T COPYCAT
NANTI I SAMAN U!
No comments:
Post a Comment