DESTINASI CIENTA HASIL DARI IMIGINASI KU SENDIRI

Blog ini aku buat semata-mata nak tulis cerita saja. Cerita ini aku yang reka sendiri takde ciplak2 ni. Cerita cinta memang sangat indah tetapi ada yang menyakitkan. Destinasi cienta ini, memang dah lama aku create cuma tak kesampaian nak terbitkan. Jadi sekarang, aku terbitkan di dalam blog sebagai permulaan.

Friday, September 3, 2010

Destinasi Cienta 38

Izzah dapat menguruskan syarikat admie dengan jayanya. Mungkin selama ini izzah mempunyai pengalaman dalam mengendalikan syarikat sebagai penolong pengurus di kota london dahulu. Kini sebagai pengurus besar tidak menjadi penghalang baginya. Cuma setiap hari dia akan berasa letih. Mana tak nya, hari-hari dia akan ke satu syarikat ke syarikat yang lain bagi memantau fail-fail pejabat. Selain itu, izzah berjumpa dengan beberapa orang client bagi memastikan client ini serasi dengan kehadirannya sebagai pengurus baru.

Sedang admie sibuk meneliti fail syarikatnya di Admie holding, ara memberi mesej padanya. Ara ingin berjumpa admie di syarikatnya, Maisara Production. Dah lama agaknya admie tidak menjejakkan kakinya ke maisara production. Kali terakhir dia ke sana, sebelum ara memutuskan kata2 cintanya. Admie melihat jam tangannya pukul 1.30, kemudian dia menuju ke bilik solat bagi menunaikan solat zohor. Selepas itu, admie memandu kereta menuju ke maisara production. Dalam perjalanan ke sana, admie menelifon izzah memberitahu dia akan berjumpa dengan ara seketika. Ara memintanya untuk ke sana. Hati izzah mula tidak tenteram, terasa ingin mengikut suaminya itu, tetapi dia perlu berjumpa dengan client sebentar lagi. Harap2 apa yang dimaksudkan oleh admie tadi betul, ara ingin berjumpa atas urusan business 'desus hatinya'.

Admie tiba di maisara production. Admie masuk ke bilik ara, dan perbincangan di mulakan. Melalui perbincangan itu, admie difahamkan ara akan mengadakan satu lagi konsertnya di Sarawak. Admie dipanggil kerna dia dilantik sebagai production manager bagi menguruskan bahagian teknikal. Ara suka dengan kerja admie, oleh sebab itulah admie dilantik. Admie serba salah untuk menolak tawaran itu. Kalau boleh dia tidak mahu mengambil bahagian dalam menguruskan hal-hal begini, tapi dia tidak sanggup. Dia pasti ara sangat memerlukan pertolongan dia. Selepas perbincangan tersebut, admie terus meminta izin untuk pulang. Tetapi langkahnya terhenti, baru dia teringat. Dia perlu berjumpa dengan ara seketika, peluang yang ada ini tak akan dia lepaskan.

admie - ara, boleh kyte berjumpa sekejap?
ara - hah, jupa..ermm ok..
(semua keluar dari bilik ara)
admie - ara, sihat?
ara - sihat jer..mie?
admie - sihat jugak..ara, blh admie ty sesuatu?
ara - ok, apa dia?
admie - apa maksud kata2 ara tempoh hari, waktu majlis pertunangan admie 2..ara ckp 'tersalah buat keputusan'.maksudnya?
ara - owh tentang 2, mm xde papelah mie, ara tersalah ckp kot...
(berkerut dahi admie)
admie - ara, jgn tipu admie...cuba cerita pada admie, ara ada masalah ker?
ara - (diam) ....
admie - ara....
ara - mie, tak ada pape lah, ara ok..mie jgn risau k..
admie - plz jgn tipu mie, ara...let me know, im here for u..
ara - mie, betul ara ok...ara ok mie..
admie - ermm tak pelah kalau g2, mie minta izin lu, tp ara kalau ada apa2 masalah, bagitahu je mie k...(kata mie dgn lembut)
(ketika admie melangkah keluar)
ara - aaa...bang ( terketar suara ara - air matanya mengalir)
(admie menoleh ke blkg, terkejut dia mendengar panggilan itu)
admie - ara..
ara - abg...ara rindukan abg, ara rindu untuk bersama abg...ara rindu...
admie - ara..
ara - abg, balikla..nanti izzah tunggu pula ( ara mengelap air matanya)
admie - ara, knpa ni?knpa ara mcm ni?
ara - abg plz balikla..plzz...

Admie buntu, dia mengikut sahaja arahan ara itu. ADmie melangkah meninggalkan ara dengan seribu persoalan bermain di fikirannya. Sampai di rumah, izzah menyambut mesra suaminya itu. Admie melemparkan senyuman lalu naik ke atas, sepatah pun dia tidak kata apa-apa pada izzah. Izzah pelik!

smbungan DC 39

No comments:

Post a Comment

~tentang pengarang~

My photo
aku ni tak la jahat sgt,cuma nakal je, biasala 2. aku ni berisi tapi bukan gemuk..alaa comel la.. aku ni org nmpk mcm garang/ganas tp hati aku lembut. Org yg x kenal aku je akan ckp cm2. aku ni suke gelak2, tak suke marah2 org la..syok kalo dpt kwn gan aku
IDEA DAN KARYA ASAL
HAKCIPTA TERPELIHARA.2010.
DON'T COPYCAT
NANTI I SAMAN U!

sahabat