DESTINASI CIENTA HASIL DARI IMIGINASI KU SENDIRI

Blog ini aku buat semata-mata nak tulis cerita saja. Cerita ini aku yang reka sendiri takde ciplak2 ni. Cerita cinta memang sangat indah tetapi ada yang menyakitkan. Destinasi cienta ini, memang dah lama aku create cuma tak kesampaian nak terbitkan. Jadi sekarang, aku terbitkan di dalam blog sebagai permulaan.

Sunday, September 5, 2010

Destinasi Cienta 39

Malam itu, admie banyak mendiamkan diri. Selepas makan mlm bersama izzah, admie terus ke bilik khas yang menepatkan buku-buku dan fail-fail pejabatnya. Admie meneliti fail-fail syarikatnya. Kemudian izzah datang dengan segelas air kopi panas. Izzah meletakkan air di atas meja.. air abg 'kata izzah dengan lembut'. admie menganggukkan kepala tanpa menoleh ke arah izzah. Izzah melangkah keluar dari biliknya, dengan hati yang sedih. Admie langsung tidak kata apa-apa padanya. SElalunya tidak begini, izzah akan disuruh duduk sebelah suaminya itu kerana suaminya dia ditemani. Tetapi malam ini tidak seperti selalu. Tutup sahaja pintu, admie sandar lalu mengeluh. Kejadian dia bersama ara petang tadi sangat merungsingkan fikirannya. Apa yang terjadi pada ara sebenarnya?bahagiakah dia bersama kamal? Ara, tolong jangan buat abang rasa begini? keluh admie. Air di atas meja ditenungnya, lama kemudian admie pun minum. Tap tup tap hampir pukul 12 malam, terasa sekejap sungguh masa berlalu malam itu. Admie mengemas fail-failnya lalu masuk ke kamar tidur. Dilihat isterinya sedang lena tidur, ditenungnya wajah isterinya yang redup itu. Apalah salah isteriku sehinggakan aku tidak tegurnya hari ini? desus hatinya. Tanpa sebarang ciuman di dahi seperti selalu admie melelapkan mata.

Malam tadi bebetul membuatkan hati izzah terasa dengan sikap suaminya. Admie tidak endahkan, bercakap pun tidak. Semuanya berubah sejak dia bertemu dengan ara semalam. Apa yang terjadi?? Mereka berjumpa atas dasar kerja atau peribadi? 'hati izzah tertanya2'.
Izzah merenung fail di atas meja, tak ada mood langsung dia nak menyemak dokumen-dokumen itu.

Golden horses hotel - admie sibuk berbincang dengan manager. Admie diberitahu oleh managernya, beberapa pelancong dari luar negara akan menginap di hotelnya itu dan akan mengadakan beberapa aktiviti. Selain itu, hotelnya itu dipilih sebagai tempat kursus bagi para VVIP . SEbelum itu, staff hotel perlu mendapatkan dahulu kelulusan dari admie. Hal ini kerana, mereka tidak mahu repotasi hotelnya tercemar. Yelah pelancong luar ini bukannya mcm kita di Malaysia. Kehidupan mereka sangat sosial. Selesai perbincangan managernya mengajak admie lunch. Tetapi admie menolak pelawaan itu. Dia ingin lunch bersama isterinya. Mungkin isterinya sangat terasa dengan sikapnya malam tadi. Lalu dikeluarkan telefon bimbit dari kocek dan mendail num izzah.

Di malam harinya, admie berkelakuan seperti biasa tidak seperti malam tadi. Admie membawa izzah menonton wayang di KLCC dan kemudian mereka bersiar-siar. SEhingga lewat malam barulah mereka pulang. Izzah ingin bertanya kepada admie tentang hal semalam, tetapi mulutnya tidak mampu untuk bertanya. Sebelum melelapkan mata...

admie - syg, sori pasal semlm..abg gasa tetiba tak de mud..tak tahu knpa..maafkan abg ye...
izzah - takpe abg, izzah faham..abg dtg bulan kan?haha
admie - hah! ishhh ke situ plk..eeee perli abg eh..( admie mencubit badan isterinya, menjerit2 izzah, mereka berdua gelak ketawa).
lalu admie memeluk isterinya......

smbungan..DC 40

No comments:

Post a Comment

~tentang pengarang~

My photo
aku ni tak la jahat sgt,cuma nakal je, biasala 2. aku ni berisi tapi bukan gemuk..alaa comel la.. aku ni org nmpk mcm garang/ganas tp hati aku lembut. Org yg x kenal aku je akan ckp cm2. aku ni suke gelak2, tak suke marah2 org la..syok kalo dpt kwn gan aku
IDEA DAN KARYA ASAL
HAKCIPTA TERPELIHARA.2010.
DON'T COPYCAT
NANTI I SAMAN U!

sahabat