DESTINASI CIENTA HASIL DARI IMIGINASI KU SENDIRI

Blog ini aku buat semata-mata nak tulis cerita saja. Cerita ini aku yang reka sendiri takde ciplak2 ni. Cerita cinta memang sangat indah tetapi ada yang menyakitkan. Destinasi cienta ini, memang dah lama aku create cuma tak kesampaian nak terbitkan. Jadi sekarang, aku terbitkan di dalam blog sebagai permulaan.

Thursday, September 9, 2010

Destinasi Cienta 41

Sehari sebelum puasa, admie dan izzah ke chuping bagi menyambut puasa pertama di sana. Adik beradik izzah pulang ke rumah, suasana di kampung riuh rendah. Pertama kalinya juga izzah berpuasa bersama suami, jika sebelum ini kalau sahur agak malas tak bangun, kalau rajin pun makan gitu-gitu jer. Kini, malas ke tak malas ke, kena bangun jugak, kerna ada suami. Admie dan izzah bersiar-siar di bazar ramadhan, hari pertama puasa memang ramai orang menuju ke bazar. Macam-macam juadah yang dijual di bazar. Admie dan izzah membeli ala kadar sahaja, kenangkan mak sudah pun masak di rumah. Mereka juga bersama-sama menunaikan solat terakwih di masjid berdekatan. 4 hari berada di kampung, mereka menuju ke kampung halaman admie pula. 3 hari berada di sana, mereka pun pulang kenangkan kerja banyak yang perlu diselesaikan.

Sejak izzah berbadan dua ini, macam-macam pula kerenahnya. Makanan yang menjadi kegilaannya dulu, kalau tengok je sekarang pasti nak termuntah. Admie layan sahaja kerenah isterinya itu, ada sahaja tak kena. Kalau tengok gelagat izzah duduk membebel pasti admie gelak. Bulan puasa ini, admie banyak bantu isterinya, dia tidak mahu izzah terlalu kuat bekerja dan melakukan kerja-kerja berat. Kandunga perlu dijaga. Strees dari tempat kerja juga boleh memberi impak negatif pada kandungan izzah. Oleh itu, segala-gala projek luar serahkan pada admie, manakala izzah hanya memeriksa dokumen dan menghadiri meeting dekat-dekat sahaja.

Datuk kamal mengajak semua sedara mara terdekat berbuka puasa di rumahnya. Pelbagai juadah disediakan termasuklah lauk kegemaran admie ikan patin masak tempoyak. Ara sendiri yang masak lauk itu. Sebelum ini, Admie pernah rasa masakan ara dan ara pernah masak lauk itu buat admie. Ternyata admie memuji masakkan ara ketika itu. Hari ini, admie dapat merasai semula masakan ara.

Tak tahulah tujuan ara masak lauk itu istimewa buat dia atau masak sekadar saja-saja. Admie tertanya-tanya juga.

Melihat kemesraan admie dan izzah ternyata hati ara sangat tersentuh. Cemburu pun ada juga, yela admie pernah menjadi kekasihnya dahulu. Ara tahu sikap admie yang romantik, soft spoken, periang itu sangat senang bila bersamanya.

Azan berkemundang, mereka berbuka bersama-sama. Admie begitu berselera makan lauk kegemarannya itu. Ara tersenyum melihat telatah admie. Selepas makan, mereka solat jemaah bersama-sama dan solat terakwih. Selesai terakwih, mereka menjamah makanan sampingan pula. Terasa ke depan perut admie dibuatnya.

admie - alhamdulillah, kenyang betul malam ini.
kamal - hahaha ke depan da perut 2 mie...
admie - tapi tak sedepan perut uncle....hahahaha...mie steady g uncle.
(yang lain tergelak mendengar kata-kata admie 2)
izzah - ermm perasan jer steady abg ni..perut da kat depan tak nk gaku, lama2 geng la gan uncle kamal...hehehe
admie - amboi syg, backup kuat uncle nampak...awk 2 pun skang ni da blh masuk geng uncle taw..
sofia - hahaha betul3...
admie - adik, give me 10!!!!!!
(riuh rendah keadaan di ruang tamu rumah kamal)

Lewat malam barulah masing-masing beredar ke rumah masing2. Rumah admie dan kamal tidaklah jauh, 10 minit boleh sampai dengan menaiki kereta, kalau jalan kaki dalam 20 minit jugak.

No comments:

Post a Comment

~tentang pengarang~

My photo
aku ni tak la jahat sgt,cuma nakal je, biasala 2. aku ni berisi tapi bukan gemuk..alaa comel la.. aku ni org nmpk mcm garang/ganas tp hati aku lembut. Org yg x kenal aku je akan ckp cm2. aku ni suke gelak2, tak suke marah2 org la..syok kalo dpt kwn gan aku
IDEA DAN KARYA ASAL
HAKCIPTA TERPELIHARA.2010.
DON'T COPYCAT
NANTI I SAMAN U!

sahabat