DESTINASI CIENTA HASIL DARI IMIGINASI KU SENDIRI

Blog ini aku buat semata-mata nak tulis cerita saja. Cerita ini aku yang reka sendiri takde ciplak2 ni. Cerita cinta memang sangat indah tetapi ada yang menyakitkan. Destinasi cienta ini, memang dah lama aku create cuma tak kesampaian nak terbitkan. Jadi sekarang, aku terbitkan di dalam blog sebagai permulaan.

Monday, October 11, 2010

Destinasi chenta 44

Beberapa hari ni, tiap-tiap petang hujan, tak lebat pun renyai-renyai sahaja. Keadaan hujan yang lebat itu, adakalanya menyebabkan jalan sesak dengan teruknya. Selalunya jika admie dan izzah pulang awal, tetapi disebabkan kesesakkan jalan yang teruk itu, menyebabkan mereka agak lewat pulang ke rumah.
Hujan yang turun membasahi bumi itu, menyebabkan aktiviti admie dan keluarga ternganggu seketika. Pada waktu petang, irfan dan aisyah tidak dapat keluar berjalan-jalan ditaman kerana keadaan tidak mengizinkan. takut-takut nanti mereka demam, susah pula.

Hujan yang tidak menentu itu, membimbangkan admie. Dia risaukan keselamatan izzah memandu kereta dengan jalan licin, kesihatan anak-anaknya dan kawasan rumahnya yang berdekatan dengan bukit.

Hari ini seperti biasa admie ke pejabatnya. Izzah tidak ke pejabat hari ini, dia ingin merehatkan badannya di rumah buat seketika bersama irfan dan aisyah. Kelmarin begitu banyak meeting yang dia kena attend, oleh itu hari ini dia malas hendak ke pejabat. Hari ini seperti biasa, hujan turut dengan lebatnya. Admie terasa malas hendak keluar lunch memandang hujan lebat dan jalan pula sesak. Jam 3 petang admie pulang ke rumah, hari ini dia pulang awal berbanding hari sebelum ini.

Ketika dia sedang memandu menuju ke rumah, tiba-tiba admie menerima panggilan telefon dari irah(Adik ara)....

irah- abg admie, tlog..tlog abg...(suara irah cemas)
admie - np ni irah?
irah - abg, kak ara...rumah kak ara runtuh...
mie - hah!!!

admie terus meletakkan telefon bimbitnya dan memandu laju menuju ke rumah. Hatinya berdebar-debar. 1o minit kemudian admie sampai, terus admie keluar dari kereta. Ramai orang ketika itu polis, bomba,warta dan ambulance. Admie terus menuju ke uncle kamal.......

admie - uncle..ara mana?admie memegang bahu uncle kamal...
kamal - emm dalam mie (muka kamal cemas)
mie - hah!!!!

admie terus berlari hendak masuk ke dlm rumah, tetapi polis menghalang...Tiba-tiba, doooommmmmmmm(pokok dari atas bukit tumbang).. semua mata memandang ke arah bunyi tersebut, lalu admie terus membebaskan dirinya dari polis..admie terus masuk ke dalam rumah ara.

kamal - admie!!!!! (menjerit)
izzah - abg!!!!!(menjerit
mereka menjerit serentak......

polis tidak dapat menghalang admie, admie begitu pantas masuk ke rumah..

admie masuk ke dalam rumah dengan hati-hati, dia memangil nama ara tapi tidak menyahut. Bunyi runtuhan tanah masih kedengaran di belakang rumah. admie hanya bertawakal sahaja ketika itu, yang penting dia perlu selamatkan ara. Segala perabot pecah dihimpap pokok, belakang rumah kamal lagi teruk, habis runtuh...admie terus menuju ke atas, dia pergi ke bilik utama dan sekali lagi memangil nama ara.. Zaaappppp!! lengan admie terluka dengan benda tajam. DArah mengalir...admie memegang luka tersebut dan menahan kesakitan.

admie - ara....ara....ara!!!!!(menjerit)
ara - abggggg....(suara perlahan)
admie terus berlari mendapatkan ara, ara telah berada di bawah siling yang runtuh..tetapi dia tidak bergerak kerana kakinya telah di himpap. ADmie cepat-cepat mengalihkan timbunan batu itu. Dia menggunakan segala kekuatan yang ada dia mengalihkan kepingan siling yang diperbuat daripada batu itu, lengannya yang sakit itu ditahan dengan penuh kesabaran. 10 minit admie cuba mengalihkan batu tersebut akhirnya dia berjaya.

admie - ara....
ara - abg, tlog ara..jgn tinggalkan ara....(suara ara teresak-esak)
admie - tahan sayang, abg ada ni..tahan k...

admie mengangkat ara..dan dengan langkah laju terus dia turun ke bawah..SEkali lagi..dooooooommmmmmmmm!!!!! bergegar rumah ara ketika itu. admie cuba mengimbangi badannya itu, darah mengalir-galir dari lengannya itu.

polis 1 - hah! itu mereka...

admie dan ara keluar dari rumah, semua yang berada disitu bising. wartawan apa lagi, berpusu-pusu menangkap gambar mereka. Pembantu hospital bersama beberapa jururawatnya terus berlari ke arah admie dan ara, ara terus di letakkan di atas strecther. kamal dan izzah meluru ke arah admie dan ara, tetapi tidak sempat untuk berkata apa-apa. ara dengan pantas terus dibawa masuk ke van ambulance dan begitu juga dengan admie. SEbelum admie masuk ke dalam van tersebut, dia sempat campak kunci keretanya kepada jon(abg ara).

polis dan bomba masih di tempat kejadian. orang ramai dan wartawan juga masih disitu.

Admie dan ara dibawa ke hospital ampang puteri. Didalam van, admie memegang tangan ara, ara tidak habis mengadu kesakitan pada kakinya. Mereka tidak peduli, nurse yang berada di situ. Admie dan ara dibawa keluar dari van dan terus ke wad kecemasan.

Luka admie dirawat oleh doktor Alias. Doktor alias merupakan doktor peribadi keluarga admie. Ara pula dibawa ke bilik kecemasan, bagi merawat kakinya. SElesai dikenakan jahitan, admie dibawa keluar dan ara masih di dalam menerima rawatan. Diruang menunggu, admie melihat izzah, kamal dan jon dan beberapa orang ahli sedara mereka berada di situ. Izzah melangkah laju menuju ke admie dan terus memeluk suaminya itu. Air matanya mengalir perlahan-lahan.

izzah - abg.....
admie - maafkan abg syg....
izzah - luka ni??
admie - da ok da, cuma sakit sikit...
izzah menyentuh lembut lengan admie yang telah dibaluti itu. Mereka menuju ke tempat duduk...

BAru sahaja admie ingin melabuhkan punggungnya di atas kerusi...tiba-tiba
kamal - mie, apa ko buat ni hah??? ko tahu tak, apa ko buat ni bahaya, dan ko tahu tak apa ko buat ni semuanya tak betul??

keluarga ara yang lain terkejut dengan tindakan kamal, izzah pun begitu dan sedara yang lain.

admie membisukan dirinya.

kamal - mie, aku tanya ni???!!!!
jon - kamal, bawa bersabar..apa-apa pun kita bincang di rumah. Jangan serabutkan keadaan, ara masih di dalam, tak tahu bagaimana keadaan dia, bawa bersabar kamal. Tak perlu nak baran-baran dengan admie.
kamal - hah, ko diam...mie, aku tanya..knpa...
admie - knpa!!!!uncle, she is ur wife, suppose u protect and help her..tp ni tak, uncle berdiri tercegat depan rumah, tengok tanah yang makin runtuh itu dan hanya menyerahkan segala2nya pada polis n bomba untuk selamatkan ara. Ini ke namanya suami. Sanggup uncle biarkan ara sorg2 dalam keadaan gitu (tegas admie). YES!!! mmg bahaya, tp tak blh ke uncle pikir hah!!, sanggup ke uncle kehilangan ara..Sanggup ke uncle!!!!! (jerit admie).. i have lost her once upon a time, but i dun wan lose her utk kali kedua.
kamal - apa ko ckp ni???

semua yang berada di situ, tercegang dengan kata-kata admie.....

sambungan
DC 45

No comments:

Post a Comment

~tentang pengarang~

My photo
aku ni tak la jahat sgt,cuma nakal je, biasala 2. aku ni berisi tapi bukan gemuk..alaa comel la.. aku ni org nmpk mcm garang/ganas tp hati aku lembut. Org yg x kenal aku je akan ckp cm2. aku ni suke gelak2, tak suke marah2 org la..syok kalo dpt kwn gan aku
IDEA DAN KARYA ASAL
HAKCIPTA TERPELIHARA.2010.
DON'T COPYCAT
NANTI I SAMAN U!

sahabat