DESTINASI CIENTA HASIL DARI IMIGINASI KU SENDIRI

Blog ini aku buat semata-mata nak tulis cerita saja. Cerita ini aku yang reka sendiri takde ciplak2 ni. Cerita cinta memang sangat indah tetapi ada yang menyakitkan. Destinasi cienta ini, memang dah lama aku create cuma tak kesampaian nak terbitkan. Jadi sekarang, aku terbitkan di dalam blog sebagai permulaan.

Tuesday, October 19, 2010

Destinasi chenta 56

Esok malamnya izzah mengajak admie ke bukit tengku. Admie pelik, izzah tidak beritahu dia apa-apa cuma dipaksa untuk ikut izzah ke sana. Izzah memandu kereta pada malam itu.

Sampai shaja di bukit tengku….

Admie – wahhhh, lawanya pemandangan kat sini?mcm mana syg tahu tempat ini?
Izzah – ermm lawakan, tmpat ini da lama dah abg..izzah pun jarang ke tempat ini, tapi kat sini sgt best, nyaman, dapat jugak tenangkan fikiran.
Admie – tula, best jugak…romantik pun ada…tp, knpa syg bwk abg kat sini?

Izzah teragak-agak untuk bercakap…dia melihat wajah suaminya itu..

Admie – syg….knpa pndg abg gitu..?
Izzah – abg…mmmm
Admie – yea syg…
Izzah – kalau sy minta sesuatu, abg akan tunaikan ker?
Admie – mestilah, I will do everything for u my love…hah! Apa dia?
Izzah – apa-apa pun?abg janji…
Admie – yea syg, apa-apa pun abg akan tunaikan…
Izzah – Janji??
Admie – hey, janji syg..abg janji akan tunaikan.. apa yg syg nk abg tunaikan?

Izzah diam…

Admie – syg, im waiting…
Izzah – abg, kahwin dengan ara??
Admie – what!!!! (tergamam admie) apa yg syg ckpkan ni..?
Izzah – sy nk abg kahwin dengan ara…
Admie – izzah, awk tahu tak apa awk ckp ni? (suara admie sdikit meninggi)
Izzah – yea, sy tahu abg…sy nk abg kahwin dengan ara…
Admie – untuk apa?sbb apa? (admie memegang kedua-dua lengan izzah)
Izzah – untuk abg jaga ara dan sbb abg dan ara masih mencintai antara satu sama lain..
Admie – syggg…plz dun be like this…(air matanya mula bertakung)
Izzah – kahwin dengan ara abg, plzzz kahwin lah dgn ara ( air mata izzah mengalir)
Admie – syg…no,no, no..im not….abg akui pernah bercinta dgn dia suatu ketika dulu, tapi itu semua dulu. Mmg abg kesian pada keadaan ara, tpi ini tak bermakna abg akan kahwin dengan dia…
Izzah – tp abg masih cintakan dia?
Admie – I love u more than her…plz syg, jgn buat abg cmni..abg, cintakan izzah sorg jer..plz syg….
Izzah – abg, tlog la..plzzz…
Admie – No !!!!!! (admie menjerit)

Terkejut izzah….

Izzah – abg….abg ada 2 pilihan, samada kahwin dengan atau….
Admie – atau apa???
Izzah – atau ceraikan izzah….
Admie – izzah..!!!!! Ya ALLAH….syg,..syg tahu tak apa syg ckp ni..?
Izzah – abg, sy masih waras.. abg ada dua pilihan dan abg buatlah keputusan hendak pilih yang mana satu.
Admie – nonsenses!!! Syg, pandang sini muka abg…pndg sini….

Izzah menatap wajah admie.

Admie – syg, tak cintakan abg lagi ker?
Izzah – cinta bang..
Admie – dah tu, sanggup untuk berkongsi kasih dengan org lain?

Izzah diam lagi sekali…

Admie – syg…
Izzah – abg selama ini pun izzah da rasa berkongsi kasih dengan ara abg, selama ini abg mmg cintakan ara. Walapun izzah sudah jadi isteri abg pun, cinta abg pada ara masih ada lagi. Izzah tahu abg…dan izzah dah bersedia untuk semua ini. (menangis)
Admie – tapi syg, keadaan sekarang lain…mmg ara cinta pertama abg, mmg abg cintakan ara, tapi tak sama cinta abg pada izzah, ..sekarang ini cinta syg menguasai segala2nya…abg, tak perlukan ara dalam hidup ini. Hanya izzah saja yang penting dalam hidup abg. Tlog syg, jgn buat mcm ni pada abg…tlog syg…(admie merayu)
Izzah – abg, buatlah pilihan itu sendiri….izzah redha dengan apa jua keputusan abg…

Terus Izzah masuk ke dalam kereta….
Admie pula masih di luar, tidak disangka langsung dengan izzah katakan itu…
Beberapa minit kemudian, admie masuk ke dalam kereta dan memandu pulang ke rumah…sepanjang perjalanan pulang, mereka langsung tidak berkata sepatah pun. Sampai sahaja di rumah, izzah turun dari kereta, manakala admie terus memandu meninggalkan perkarangan rumah. Izzah agak terkejut, tidak sempat untuk dia bertanya ke mana admie mahu pergi. Izzah memerhatikan kereta yang dipandu oleh admie sehinggalah bayangannya hilang.

‘Ya ALLAH, Kau lindungilah suami ku’ doa izzah..

Izzah melangkah masuk ke rumah dengan lemahnya. Keadaan sunyi didalam rumah, mungkin budak-budak dah tidur. Izzah naik keatas, melihat irfan dan aisyah tidur terasa sayu hatinya. Lalu dia menangis semahu-mahunya.

‘Betul ke apa yang telah aku lakukan ini, Ya ALLAH’ doa izzah.

Izzah merebahkan badannya di katil,..dia cuba untuk melelapkan mata tapi masih tidak dapat. Dia mula risau, dimana admie pergi…Tap tup tap jam menunjukkan pukul 2 pagi, admie masih tidak pulang ke rumah. Izzah risau. Dia mencapai telefon bimbit lalu mendail nombor admie, tetapi fail….

Izzah – abgg…..mana abg pergi?

Izzah tertidur…..

Pagi itu, izzah bangun dan melihat suaminya tiada. Dilihatnya ke luar, kereta yang dipandu semalam ada. Kemudian, dia memandang anaknya dan melihat admie tidur bersama-sama anak-anaknya. Sayu hati izzah melihatnya. Dia merapati suaminya itu dan ditenungnya wajah admie. Tah pukul berapa admie pulang ke rumah dia pun tak sedar.

Izzah menyiapkan pakaian kerja admie. Lalu dia bersiap sedia untuk ke pejabat. Hari ini dia terasa tidak mood untuk ke pejabat, tetapi dia perlu menghadiri meeting.
Keluar sahaja dari tandas, izzah melihat admie bangun. Admie mengapai towelnya dan masuk ke tandas tanpa pandang ke arah izzah.

Setelah bersiap, izzah turun ke bawah.
Admie pula baru keluar dari toilet dan bersiap sedia.

Sebelum turun ke bawah, admie memandang anak-anaknya yang sedang tidur, lalu diciumnya irfan dan aisyah..

Admie – papa pergi dulu syg…..

Admie melangkah ke bawah, dia melihat izzah dan maknya sedang menikmati sarapan pada pagi itu…

Izzah – abg, meh sarapan dulu…
Admie – tak pe, abg nak cepat ni..abg pergi dulu, mak..mie g dulu…

Admie terus keluar dan berlalu begitu sahaja.

Izzah tidak sempat bersalaman dengan suaminya itu. Izzah sedikit terasa.

Admie memandu ke pejabat.

Smbungan DC 57

No comments:

Post a Comment

~tentang pengarang~

My photo
aku ni tak la jahat sgt,cuma nakal je, biasala 2. aku ni berisi tapi bukan gemuk..alaa comel la.. aku ni org nmpk mcm garang/ganas tp hati aku lembut. Org yg x kenal aku je akan ckp cm2. aku ni suke gelak2, tak suke marah2 org la..syok kalo dpt kwn gan aku
IDEA DAN KARYA ASAL
HAKCIPTA TERPELIHARA.2010.
DON'T COPYCAT
NANTI I SAMAN U!

sahabat